10 Jenis Bekas Kuih Raya Yang Wajib Dibeli Sempena Hari Raya Tahun Ini!

1,356 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Hari Raya merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam setelah hampir sebulan menempuhi bulan Ramadan yang mencabar. Hari Raya juga merupakan peluang terbaik untuk kita menghidangkan kuih raya kepada tetamu yang datang dengan pelbagai jenis bekas kuih raya.

Hari Raya juga menyaksikan ramai yang mengamalkan menghidangkan kuih raya kepada tetamu. Hari Raya tanpa hidangan kuih raya tidak akan sempurna. Apabila ingin menjamu kuih raya, mesti kita kena ada bekas untuk isi kuih raya tersebut.

Jika anda masih lagi tidak mempunyai bekas atau masih lagi tercari-cari bekas kuih raya yang cantik dan menarik, jangan risau. Giler Deco hari ini akan berkongsikan dengan anda 10 jenis bekas kuih raya yang wajib dibeli sempena Hari Raya tahun ini.

10 Jenis Bekas Kuih Raya Yang Cantik & Unik

 

Jika anda ingin menghidangkan kuih raya popular seperti Almond London, biskut badam, semperit, tart nenas, cornflakes madu dan banyak lagi, anda wajib ada 10 bekas unik ini.

1. Bekas Kuih Raya "5 in 1"

Bekas kuih raya ini menjanjikan anda dapat meletakkan sehingga 5 jenis kuih raya yang berlainan didalam bekas kuih ini.

jenis bekas kuih raya

2. Bekas Kuih Raya Berbentuk Bunga Lotus

Yang ni bekas dia sangat unik dan menarik. Ia akan terbuka apabila ingin mengambil kuih raya dalam bekas tersebut. Nama pun lotus.

3. Bekas Kuih Raya Elianware

Yang ni merupakan bekas kuih raya diperbuat daripada kaca. Jika anda tidak gemar akan bekas plastik, ini boleh dijadikan salah satu pilihan anda.

4. Bekas Kuih Raya " 4 Daun "

Bekas ni berbentuk seakan-akan mempunyai 4 daun yang boleh dibuka secara berlawanan.

jenis bekas kuih raya

5. Bekas Kuih Raya Tupperware

Kalau jenama tupperware nie, korang kene berhati-hati. Hilang nanti, mak-mak carilah mana bekas tupperware.

6. Bekas Kuih Raya Bertingkat ( Stackable )

Bekas raya ini pula anda boleh susun bertingkat-tingkat (stackable) setinggi mana yang anda mahukan. Boleh memuatkan pelbagai variasi biskut raya didalam ini.

jenis bekas kuih raya

7. Bekas Biskut Raya Akiro "Rotatable" 

Bekas raya yang berpusing? Ada juga. Ini salah satunya

8. Bekas Kuih Raya 2 Tingkat

Inginkan bekas raya yang mampu memuatkan lebih banyak kuih muih dan juga biskut sekaligus? Ini ida bekas kuih raya 2 tingkat!

jenis bekas kuih raya

9. Bekas Kuih Raya 1 Tingkat

Selain 2 tingkat, yang 1 tingkat pun ada. Cuma yang ini tempatnya sangat terhad.

10. Balang Kaca Tebal

Antara yang paling klasik dan tradisional. Orang zaman daulu lebih menggunakan balang kaca tebal.

Sumber : Shopee Malaysia & Lazada Malaysia

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down