14 Petua Berkesan Halau Serangga Dan Cicak Di Rumah

680 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Kehadiran serangga dalam rumah amat tidak menyenangkan kepada penghuninya rumah. Jadi mari ikuti 14 petua berkesan menghalau serangga dan cicak dirumah anda. WAJIB cuba 14 petua ini.!

14 Petua Berkesan Halau Serangga :

 

SEMUT

1.Serbuk kunyit

Taburkan serbuk kunyit di laluan semut lalu bagi menghalang daripada semut masuk ke rumah.

2. Kulit Telur

Lepas dah pecahkan telur ayam, jangan terus buang kulit sebab boleh guna untuk halau semut. Caranya senang je, hancurkan kulit telur pastu bakar sampai jadi abu. Abu tu guna untuk tabur pada tempat semut selalu berkerumun, laluan semut, atau nak tabur terus pada sarang semut pun boleh.

3.Daun Sirih

Semut memang tak suka dengan bau daun sirih. Potong kecik-kecik beberapa daun sirih, pastu tabur di laluan semut atau tempat semut berkerumun. Bila dah bau daun sirih ni, gerenti semut tak datang dah.

4. Cuka

Larutkan cuka dalam air, pastu masukkan dalam botol yang boleh spray tu. Dah siap, sembur je kat mana-mana pintu masuk atau tempat selalu ade semut. Ulang beberapa kali lepas semburan tu dah kering, dan kesannya boleh nampak dalam beberapa hari camtu.

5. Soda Bikarbonat

Soda bikarbonat ni dah tak yah campur apa-apa. Tabur je serbuk soda bikarbonat kat tempat semut.  Disebabkan bau dari soda bikarbonat tu akan mengganggu deria bau semut, semut tu takkan datang dah.

LIPAS

1.Daun Pandan

Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet. Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.

2.Buah Pegaga dan Kulit Kayu Manis

Ambil beberapa biji buah pelaga dan tumbuk sedikit dengan kulit kayu manis. Letakkan di kawasan yang tersorok dan gelap dan bau daripada bahan tersebut juga akan dapat menghalau lipas pergi dari situ.

3.Lemon

Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat gelap yang selalu ada lipas, macam kabinet atau laci. Selain daripada menghalau lipas, lemon juga akan menyegarkan bau kabinet dan laci anda. Bila lemon tu dah kering, boleh gantikan dengan lemon yang baru.

4.Serai Wangi

Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas. Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi ke situ.

5.Timun

Yang ni sangat mudah sebabnya bila nak makan timum, selalunya kita akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tu kan? Lepas ni, jangan buang lagi, dan gunakan untuk menghalau lipas. Letak je di tempat yang anda rasa ada lipas.

CICAK

1.Lada Hitam

Masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air ke dalam satu bekas dan kacau sebati. Lepas tu, letakkan ke dalam botol spray untuk sembur di dinding, pintu dan tingkap supaya cicak tak dapat masuk dan merayap dalam rumah. Cicak memang tak tahan dengan rasa pedas!

2.Bawang Putih/Merah

Anda boleh cuba halau cicak guna bawang putih ataupun merah sebab cicak memang sangat tak suka dengan bau bawang-bawang ni. Caranya, gantung atau letak bawang di pintu atau tingkap cicak boleh lalu. Lagi satu cara adalah kisar bawang dengan air, lepas tu masukkan dalam botol spray, dan sembur pada sekeliling rumah.

3. Cuka

Kalau nak halau cicak guna cuka, kena buat semburan campuran cuka dia dulu. Nak buat ni senang je.Campurkan 1/3 cuka makan, 1/3 air, dengan 1/3 cecair pencuci pinggan dan masukkan kesemuanya dalam botol spray. Lepas tu sembur pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi.

4.Tembakau

Halau cicak guna tembakau boleh jadi sangat efektif sebab cicak kurang gemar dengan bau tembakau. Letakkan tembakau pada tempat cicak selalu bersembunyi dan bau yang tajam dan pekat daripada tembakau tersebut akan membuatkan cicak tak selesa dan lari dari situ.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down