3 Perkara Asas Dalam Ubahsuai Rumah

869 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco
Mengira harga renovation bukannya perkara mudah. Anda pasti pening untuk menganggarkan kos renovation rumah anda jika anda tiada pengalaman menggunakan khidmat kontraktor sebelum ini. Kebanyakan tukang yang sudah biasa melakukan kerja kerja buruh amat mahir untuk menganggarkan kos pekerja dan kos bahan untuk sesebuah projek. Perkongsian Giler Deco kali ini adalah mengenai 3 perkara asas dalam ubahsuai rumah.
Mereka hanya perlu hadir dan melihat sendiri tapak lokasi projek. Mereka menggangarkan jumlah upah yang mereka mahu berdasarkan anggaran masa untuk mereka menyiapkan kerja renovation itu. Selalunya, berapakah kos untuk mengubah suai rumah?
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian ini.

3 Perkara Asas Dalam Ubahsuai Rumah :

 

Kos ubah suai rumah ini sebenarnya bergantung 3 perkara asas seperti berikut

A) Bahan yang digunakan

Bergantung kepada pemilihan bahan, bahan yang digunakan ada bahan yang berharga murah, sederhana dan juga mahal serta ada di kategori mewah. Terpulang kepada pemilik inginkan bahan yang bagaimana. Misalnya dari segi penggunaan lantai jubin. Ada yang hanya mampu simenkan sahaja lantai tersebut. Ada yang boleh belanja sedikit wang untuk pasangkan lantai jubin yang biasa. Namun ada juga yang inginkan lantai jubin yang selesa, menarik dan cantik. Jadi ia memakan kos yang agak tinggi. Selain itu, ada juga pemilik yang tidak mahu menggunakan lantai jubin malah mahu menggunakan lantai kayu yang agak mahal dan tahan lama. Kesimpulannya, bahan binaan dan bahan kemasan banyak memainkan peranan dalam menentukan kos pembinaan.

B) Rekabentuk yang dipilih

Setiap rekabentuk mempunyai nilainya yang tersendiri. Jika hanya menambah lantai ,dinding dan bumbung mungkin satu ruang boleh mendapatkan harga standard. Namun jika inginkan ruang yang agak unik seperti mempunyai bukaan pada ruang tertentu, dinding berlubang hiasan, lantai bertingkat, dan sebagainya yang agak unik dan pelik mengikut kehendak pemilik, kos ubahsuai akan meningkat mengikut tahap kesukarannya.
.
Kini sudah ada ramai perekabentuk kediaman. Adalah penting untuk mendapatkan khidmat modeler iaitu mereka menaikkan kediaman secara membuat model fizikal atau model 3d alam maya yang boleh dilihat pada screen atau di cetak pada kertas. Ia bagi memastikan pemilik mendapat kepuasan rekabentuk selain melihat secara 2 dimensi. Kebiasaannya ini di sediakan sekali oleh arkitek atau mereka yang berada di arena rekabentuk ini.

C) Perkhidmatan yang dilantik

Ramai orang yang suka untuk mengupah tukang yang dikenali di kawasan masing-masing. Pelan ubahsuai kemungkinan di buat oleh pemilik sendiri atau pun oleh tukang tersebut. Tukang sebenarnya boleh melakukan kerja yang sudah biasa dibuat olehnya. Idea juga terbatas.
.
Sekiranya melantik mereka yang pakar dalam soal rekabentuk dan bahan, pemilik boleh mendapatkan hasil kerja yang dikehendaki malah kemungkinan ia menjadi jauh lebih baik. Walaupun upah melantik mereka yang bertauliah agak tinggi berbanding upah, namun itulah kos mereka memerah idea dan membuat sedikit kajian khas untuk kediaman pemilik tersebut. Ia ibarat tidak ada sesiapa mempunyai kediaman seperti itu melainkan pemilik tersebut sahaja. Lain kediaman lain ciri-ciri dan rekabentuknya. Ia mengikut peribadi dan aktiviti pemilik sekeluarga.
Namun saya ingin nasihatkan tentang beberapa perkara untuk persedian kos ubah suai rumah selain daripada kos bahan, kos upah dan kos rekabentuk.

Perlu ambil kira kos tersembunyi. Kos tersembunyi ini boleh berlaku jika tidak ada rancangan yang teliti atau tidak melantik mereka yang bertauliah. Ia adalah seperti :

 

a) kos upah tukang untuk memecahkan dinding dan lantai (hacking) bagi pemasangan pendawaian elektrik bagi point elektrik, lampu dan kipas baru
b) kos upah tukang untuk memecahkan dinding dan lantai (hacking) bagi pemasangan sistem perpaipan baru bagi sinki dan tandas baru dan pelbagai kos lain lagi. Perkara sebegini boleh dielakkan jika mengupah seorang penasihat (consultant) yang bertauliah di mana semasa membuat sebut harga, mereka telah memasukkan sekali kesemua kos yang terlibat. Biasanya perkara sebegini biasa berlaku kepada mereka yang tidak merancang dan mengubah sebarangan.
Ingin saya ingatkan sekiranya tidak ada perjanjian hitam putih dibuat. Ia membahayakan pemilik kerana boleh berlaku kontraktor lari, rumah tidak siap dan berlaku penambahan kos. Untuk elakkan situasi begini, pemilik perlu tahu alamat operasi kontraktor dan penasihat yang dilantik.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down