Bilik Terpakai Diubahsuai Menjadi Bilik Zen Khas Untuk Bapa

349 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tak anda semua duduk atau tidur didalam bilik zen khas? Mesti ramai yang tidak tahu apa itu bilik zen kan? Zen didalam bahasa jepun adalah bermaksud ketenangan di sekeliling kita. Zen juga antara konsep utama untuk rakyat jepun dalam melakukan sebuah dekorasi rumah.

Jadi, ditambahkan pula zen didalam sebuah bilik akan menghasilkan sebuah bilik yang menghasilkan ketenangan kepada sesiapa yang berada dalam bilik tersebut. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nani,s Makeover melakukan sebuah bilik zen kepada ayah tersayangnya.

Beliau telah melakukan bilik zen tersebut kerana ayahnya merupakan seorang yang perfectionist. Ditambahkan lagi dekorasi bilik banyak daripada sumber yang alam semulajadi. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada Nani,s Makeover ini.

Dari Bilik Barang Terpakai Diubahsuai Menjadi Bilik Zen Khas Untuk Bapa Tersayang

Bilik ni asalnya tempat simpan baju Dan barang2 Tak pakai. Supaya ianya lebih berfaedah, Saya buatkan bilik tema Zen khas untuk bapak saya yang perfectionist.

Saya bangga dapat buat sendiri bilik bapak bermula dari cat, buat bidai sendiri guna buluh tepi rumah. Rod langsir guna pokok siap akarnya kutip disungai belakang rumah.

Yang penting bilik ni terhasil dari sumber alami.

Bilik Zen Yang Dilakukan  Untuk Bapa Yang Perfectionist

Inilah dia rupa bilik tidur zen yang saya lakukan untuk ayah tersayang.

Bilik Zen Khas

Rod langsir ini adalah digunakan dari pokok yang siap akarnya. Akarnya pula dikutip disungai belakang rumah.

Bilik Zen Khas

Ramai cakap rumah zen ni nampak cama rumah dijepun.

Bilik Zen Khas
Bilik Zen Khas

Bapak saya ni seorang yang perfectionist. Semua nk bersih, teratur, rata, tersusun. Bapak hanya akan guna sebelah bahagian je sebab tak nak tempat tido dia kemek2 cadarnya. Dia tak nak bantal2 dia bersepah merata walaupun tengah lelap.

Bilik Zen Khas
Bilik Zen Khas

Sumber : Nani's Makeover

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down