Cara Atasi Masalah Peti Ais Kurang Sejuk

2,587 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap barangan elektrik yang digunakan sudah pasti ada jangka hayatnya. Boleh dikatakan jarang sekali peralatan elektronik akan rosak sepenuhnya, untuk mengekalkan ketahanannya, ia memerlukan penyelenggaraan asal jika mahu ia kembali kepada keadaan asal.

Topik pada kali ini berkaitan dengan peti ais yang kurang sejuk. Kebanyakan masalah yang dihadapi setelah lama digunakan adalah kerosakan pada komponen dalaman seperti defrost thermost, thermostat atau defrost sensor.

Kerosakan ini akan menyebabkan peti ais menjadi kurang sejuk, terutama sekali pada bahagian tempat letak sayur, sedangkan pada bahagian sejuk beku semuanya berfungsi seperti biasa.

Menerusi perkongsian dari Jannatun Naim di Facebooknya, beliau berkongsi kepada orang ramai mengenai cara untuk melakukan servis asas bagi menangani masalah peti tidak sejuk.

Jom sama-sama kita ikuti di bawah ini.

Tips Dan Cara Atasi Masalah Peti Ais Kurang Sejuk

Sebelum memulakan aktiviti penyelenggaraan peti ais, pastikan ikuti beberapa langkah keselamatan dan sediakan beberapa alatan.

Alatan yang digunakan :

Cari Punca Yang Menyebabkan Peti Tidak Sejuk:

Kalau buka cover bahagian atas peti sejuk, macam inilah keadaan dalamannya, semua sudah beku, sebab itulah bahagian bawah tidak sejuk.

Cara Atasi Masalah Peti Ais Kurang Sejuk

Tutup Peti Ais 1-2 Hari:

Tunggu ais itu cair sendiri. Jika tidak mahu menunggu, boleh guna hair dryer supaya cepat cair. Kemudian, tadah bekas, senang untuk buang ais yang cair itu.

Cara Atasi Masalah Peti Ais Kurang Sejuk

Cari Dan Ganti Sensor:

Setelah ais itu cair, perasan tak tiub warna pink itu? Itulah yang dipanggil sensor. Potong cable tie itu, kemudian tarik keluar sensor itu. Yang biru itu sensor yang baru dibeli.

Cara Atasi Masalah Peti Ais Kurang Sejuk

Cara Pemasangan:

Potong wayar pada tiub asal dan sambungkan dengan sensor baru. Jangan risau, ia tak ada polarity. Sambungkan sahaja ikut suka dengan cara tersendiri. Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau itu), kalau tak ada, boleh guna salotape hitam (electrical) pun tak apa.

Cara Atasi Masalah Peti Ais Kurang Sejuk

Selepas itu, letakkan kembali pada posisi asal, bahagian metal sensor itu perlu dihala ke bahagian bawah.

Kalau guna cable tie, perlu ikat dengan kemas supaya ia tidak bergerak-gerak. Langkah akhir, tutup balik cover itu. Maka siaplah projek DIY pada kali ini.

Cara Atasi Masalah Peti Ais Kurang Sejuk

Peti sejuk kembali boleh digunakan untuk menyimpan sayuran dan barangan yang berkaitan.

Cara Atasi Masalah Peti Ais Kurang Sejuk

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down