Cara Atasi Wayar Berselirat

1,118 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Antara perkara yang boleh menyakitkan mata kita adalah apabila melihat sesuatu barang yang kita susun tidak kemas. Dengan erti lain apabila setiap sudut tempat kita sudah susun dengan sempurna namun apabila melihat kepada wayar tv mahupun wayar elektronik yang terlalu berselirat boleh membuatkan kita tidak akan berpuas hati dengan cara kita menyusun barang. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara atasi wayar yang berselirat.

Selagi kita tak puas hati dengan masalah wayar yang berselirat tu, selagi tu laa kita akan tersekat daripada membuat kerja-kerja yang lain. Bagi mengatasi masalah yang tidak diingini ini, min ingin kongsikan kepada anda tips yang berguna ini.

Tips ini telah dikongsikan oleh Khalidah Khairizam menerusi Group Facebook #kemasrumahwithhani. Diharapkan dengan adanya tips ini, ianya dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.

Cara Atasi Wayar Berselirat :

1. Buat anda yang masih tidak tahu, panel yang berwarna hitam itu adalah Pengurusan Kabel manakala pek kecil yang berwarna putih tu adalah Cable Clip.

2. Ni yang Wire Organizer tadi, lekat pki 3M belakang die ke kabinet. Then masukkan semua Cable ke dalam ni. Penutup depan dia tu boleh slide untuk bukak.

3. Ini yang pek warna putih tu, lagi kemas kalau pakai wire rack tadi, tapi sebab nak jimat bajet, kabel-kabel nipis pakai yang ni je.

4. Ni keadaan extension. Anda boleh guna double sided tape jenama 3M untuk lekatkan.

Tadaa dah pun siap, sekejap je kan nak selesaikan masalah ni. Lepas ni, tiada lagi masalah wayar yang berselirat kembali menghantui diri anda. Banyakkan beza apabila anda tengok gambar sebelum dan selepas.

Buat anda yang tertanya tanya di mana nak membeli Cable Management dan Cable Clip tu, min ada sertakan link serta gambar di bawah untuk panduan anda.

Sila tekan Link ini untuk membeli.

 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

Selamat mencuba.

 

 

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down