Cara Bersihkan Papan Pemotong Hitam Berdaki

965 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap kali memasak, penggunaan papan pemotong sememangnya sentiasa menjadi peralatan penting bagi menyediakan bahan-bahan, memotong daging atau ikan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kala hanya satu sahaja papan pemotong yang digunakan oleh ibu-ibu di dapur. Perkongsian kali ini adalah dari CrazyIndianHacker . Perkongsiannya adalah mengenai cara bersihkan papan pemotong hitam berdaki.

Hal ini menyebabkan papan pemotong tersebut mudah kotor dan susah untuk dibersihkan. Ada sesetengah yang terus membuang papan pemotong tersebut dan membeli yang baru. Jangan susah-susah, kotoran yang ada pada papan pemotong tersebut sebenarnya sangat mudah untuk ditanggalkan.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tricks dan tips yang menarik ini dalam memastikan papan pemotong kembali putih dan bersih.

Cara Bersihkan Papan Pemotong Hitam Berdaki Menggunakan 3 Bahan Mudah :

 

1. Cuka
Papan Pemotong Hitam
2. Baking SodaPapan Pemotong Hitam3. Limau NipisPapan Pemotong HitamLangkah-langkah:

1. Langkah pertama adalah dengan membelah dua limau nipis dan menaburkan baking soda pada permukaan papan pemotong.

2. Seterusnya, gosok papan pemotong dengan limau tersebut dan biarkan selama 10  minit.

3. Setelah itu, gosok sekali lagi dengan limau tersebut dan tuangkan cuka.

4. Selepas itu, gosok sekali lagi dan anda juga boleh menggunakan berus besi bagi mendapatkan  hasil yang lebih baik.

5. Akhir sekali, bilas papan pemotong tersebut dengan air dan anda pasti terpesona dengan hasilnya.

Papan Pemotong Hitam

Inilah hasilnya.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu anda dalam membersihkan papan pemotong rumah anda. Diharap dengan melakukan cara seperti diatas mampu memberi kesan yang positif untuk papan pemotong anda.  Semoga bermanfaat dan selamat mecubanya dirumah. Pasti anda anda berpuas hati dengan hasil yang anda dapat nanti!

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down