Cara Buat "Divider Solid Pine Wood" Mudah Dan Simple

4,718 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Mengubahsuai dan mendekorasi rumah supaya kelihatan cantik berseri adalah menjadi impian setiap pemilik rumah kediaman. Hal ini kerana memiliki rumah yang kemas mampu menghadirkan perasaan tenang kepada pemilik rumah. Tetapi tidak semua pemilik rumah mampu untuk mendekorasikan rumah mereka sendiri. Jadi perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari Shahril Azhari Jumari. Perkongsiannya adalah mengenai cara buat "divider solid pine wood" mudah dan simple.

Memang boleh dikatakan bukan semua orang memiliki kemahiran dalam menukang sendiri atau kita gelar diy rumah sendiri. Jadi jika anda diberi kelebihan sebegini anda perlu manfaatkan dengan sebaiknya. Dengan melakukan cara diy ini sedikit sebanyak anda mampu untuk menjimatkan wang dari mengupah tukang untuk ubahsuai rumah anda.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh lelaki ini.

Cara Buat "Divider Solid Pine Wood" Ringkas dan Senang :

Hari ni cuba buat divider solid pine wood pakai selit-selit sahaja. Old school pakai tanggam lekap palang (subjek kemahiran hidup sekolah menengah) dan dowel kayu sahaja. Skru hanya untuk floor dan wall plug sahaja. Baru 90% siap.
Esok nak cari kayu untuk enhance untuk bold kan bahagian tertentu dekat divider ini.
Esok lepas siap nak stain dengan meranti atau mahogany. Warna pine original nampak plain dan rare scandinavian sangat. Kena warna gelap, barulah nampak bold dan kemelayuan.

Ini adalah semasa proses pertukangan sedang giat dilakukan. Semuanya dibuat sendiri oleh pemilik rumah ini.Boleh dikatakan beliau agak kreatif dalam melakukan diy seperti ini secara sendiri.

deco rumah 2

Ini pula adalah keadaan rumah sebelum dan selepas proses diy divider ini selesai dilakukan. Cantik diy divider yang dihasilkan oleh lelaki ini bukan?

deco rumah

Ini pula adalah keadaan divider setelah siap.

deco rumah
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap perkongsian menarik ini dapat memberi idea kepada anda dalam diy sendiri divider dirumah. Selamat mencuba.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
April 24, 2021
Dikemaskini pada
April 24, 2021

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down