Buat Stesen Mengecas Dengan Hanya Menggunakan Barang Ini Sahaja

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tentu ramai yang mempunyai masalah wayar kabel berselirat pada lantai dan ada juga yang terpijak telefon di atas lantai ketika mengecas. Bila berselirat bukan sahaja sakit mata malah ia boleh menjadikan pengaliran elektrik terbatas dan tersekat. Selain itu, perkara yang anda harus elakkan adalah dengan meletakkan telefon pada lantai. Tak pasal-pasal pula skrin telefon retak seribu.

Namun, terdapat cara praktikal yang anda boleh aplikasikan di rumah anda supaya senang untuk anda cas telefon atau tab pada tempat yang sama tanpa perlu letak di atas lantai. Cara ini dikongsikan oleh Hani Mynis dengan hanya menggunakan beberapa barang sahaja. Jom kita lihat barang apa yang telah digunakan oleh beliau untuk membuat stesen mengecas.

Cara Buat Stesen Mengecas Supaya Lebih Praktikal & Kemas

Hani gunakan troli ala Raskog Ikea tu je (beli di Shopee). Charging station ni salah satu stesen terpenting di rumah hani. Kat stesen ni semua aktiviti mengecas di buat, bukan setakat cas hp dan ipad je. Juga cas berus gigi elektrik, cas mini food processors, cas wireless earphone , powerbank haha eh semua lah cas- cas buat kat sini

stesen mengecas

Gunakan dish rack untuk susun telefon atau iPad di sini supaya tidak berselerak di atas lantai.

Guna plug storage box untuk menyimpan soket dan kabel supaya tidak berbelit.

Boleh guna power socket + USB charger adapter dan diletakkan di dalam storage box.

Dah boleh guna stesen mengecas, anda perlu menyusun telefon atau iPad pada dish rack tersebut.

Atas storage box pula, Hani simpan Bluetooth earphones dan power bank. Senang nak cas bila perlu.

Buat masa ni tak adalah perfect sangat sebab nampak juga wayar-wayar kabel tu. Tapi sebab nak limitkan visual clutter hani pilih semua wayar warna putih.

Mudah je kan cara ini? Jimat dan sangat praktikal. Nanti ruang tamu anda tentu akan kelihatan kemas dan tidak berserabut dengan wayar kabel dengan adanya stesen mengecas.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda menguruskan tempat pengecasan telefon supaya ianya lebih selamat dan tersusun.

Kredit : Hani Mynis

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down