Cara DIY Bilik Tidur Gaya Wainscoting Bawah RM90

35,195 views

Memiliki bilik yang cantik dan kemas adalah impian setiap orang yang mempunyai bilik tidur sendiri. Sebenarnya untuk mengubahsuai bilik sendiri tidaklah begitu rumit seperti  anda mahu mengubahsuai sebuah rumah. Jadi perkongsian kita untuk kali ini adalah dari Jie Bandar Putra mengenai cara diy bilik tidur gaya wainscoting bawah rm90.

Jika diikutkan, untuk mengubahsuai bilik hanya memerlukan sedikit kreativiti dan sikap rajin dalam mendekorasikan bilik tidur sahaja. Apa yang paling penting adalah kemahuan anda sendiri. Jika anda sukakan kekemasan dan mahu tidur dalam keadaan selesa. Anda perlu membuat sedikit perubahan untuk bilik anda.

Apa yang menarik dilakukan oleh lelaki ini adalah beliau mengubahsuai bilik tidurnya seorang diri tanpa perlu mengubah orang untuk melakukannya. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh lelaki ini.

Cara Diy Bilik Tidur Gaya Wainscoting Bawah Rm90 :

Saya nak share tutorial dekorasi bilik tidur dengan bajet yang tak sampai RM90

Ini adalah keadaan bilik tidur sebelum proses pengubahsuaian dilakukan.

deco bilik tidur kecil

Langkah - Langkah :

Langkah 1 :

Cat dinding kira-kira 60cm dari lantai. Cat yang digunakan adalah cat nippon paint porcelain blue.

deco bilik tidur kecil

Langkah 2 :

Sementara menuggu cat kering, potong wainscoting pvc dengan menggunakan pisau. Kalau boleh potong lebar 40cm X 80cm panjang X 4 kotak. Jangan lupa potong serong setiap bucu wainscoting guna pembaris segitiga 45°
Wainscoting pvc ni boleh beli di shopee. Link Shopee : https://invol.co/cl2qzen

deco bilik tidur kecil

Langkah 3 :

Setelah cat kering sapukan gam dunlop pada wainscoting dan biar dalam 4-5 minit.

deco bilik tidur kecil

Langkah 4 :

Lekatkan wainscoting pvc ikut garisan kotak yang terlebih dulu kita lukis sebagai panduan.

deco bilik tidur kecil

Langkah 5 :

Sambung lekatkan bahagian yang panjang.

deco bilik tidur kecil

Langkah 6 :

Teruskan lekat sampai habis. Untuk hasil yang lebih elok guna pembaris atau kayu semasa lekatkan wainscoting pvc agar lebih lurus dan cantik.

Inilah hasil yang sudah siap.

deco bilik tidur kecil

deco bilik tidur kecil

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan bilik tidur anda sendiri.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Februari 27, 2021
Dikemaskini pada
Jun 16, 2021

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down