Cara DIY Cermin Murah Dengan "Gaya Moden"

626 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bagi orang perempuan, cermin merupakan satu barang yang paling pening buat mereka. Walaupun ianya berfungsi hanya untuk melihat diri sendiri namun cermin juga ibarat barang berharga dalam sebuah tata hias. Bukan sahaja buat perempuan, lelaki juga turut berminat untuk melihat diri sendiri dalam cermin. Dengan adanya kepelbagaian reka bentuk cermin yang ada di kedai mahupun di online shopping seperti di Shopee atau di Lazada, ianya akan lebih memangkin kan kepada mereka untuk membeli cermin. Walaupun harga cermin yang dijual di kedai agak mahal, namun mereka rela membeli kerana tertarik dengan design yang ditunjukkan di kedai cermin tersebut. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy cermin murah dengan "Ggaya moden".

Tetapi siapa sangka seorang wanita yang bernama Qynn Shikin hanya DIY sendiri je menghasilkan reka bentuk bingkai cermin yang berkonsepkan gaya moden. Cermin tersebut hanya dibeli di kedai Eco sahaja dan bingkai tersebut beliau hanya menggunakan penyepit baju yang jenis kayu sahaja. Cermin "Sunburst Mirror"  ini sangat mudah dibuat dan harganya sangat murah dan menjimatkan jika dibandingkan beli yang baru. Jom kita ikuti perkongsian daripada Puan Qynn Shikin ini.

Cara Diy Cermin Murah :

DIY sendiri itu ada kepuasan yang tersendri
Senyum sorang-sorang kembang rasa hati bila orang tanya beli dekat mana?

Langkah Diy Cermin Kedai Eco :

Step by step buat cermin ajaib ECO
SUN BURST MIRROR kata orang putih,
anda boleh sahaja guna benda lain macam batang chopstick, sudu, lidi satay dan lain-lain.
Tambah blink kalau suka.
Saya pakai penyepit kain zaman dahulu.
Dari MR.DIY sahaja.
Gam tembak atau gam panas.
Kotak terbuang.
Kotak itu dipotong mengikut ketebalan 1 inci lebih dari cermin tersebut. Hal ini dibuat kerana untuk melekatkan penyepit baju nanti di kotak tersebut.
Cermin yang telah dicabutkan dari frame hendaklah ditampalkan di tengah-tengah kotak. Tampalkan cermin dengan menggunakan gam panas agar ianya tidak mudah tercabut.
Besi daripada penyepit baju tersebut hendaklah dipisahkan supaya nanti anda akan dapat 2 kepingan daripada setiap 1 sepit.
Seterusnya, susun penyepit itu dengan rapat supaya rupa cermin terbabit akan nampak lebih menyerlah.
Nota: Makin besar cermin, maka makin besar "Sun Burst" yang anda akan dapat.
Selepas selesai susun dan rapatkan penyepit, anda dikhendaki untuk gamkan setiap penyepit yang ada agar ianya tidak akan mudah cabut.
Gunakan cat jenis "metallic acrylic"  atau mana-mana cat yang anda suka dan catkan di setiap penjuru penyepit baju tersebut.
Lihatlah hasil akhir cermin ini, sangat cantik dan memuaskan hati anda. Sekiranya anda ingin tampal di dinding, anda boleh gunakan gam jenis Acrylic.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan boeh di cuba di rumah kerana agak senang untuk membuatkannya serta akan berpuas hati dengan hasil yang anda akan dapat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down