Cara DIY Kerusi Lama Kepada Gaya Moden Scandinavian | Giler Deco

Cara DIY Kerusi Lama Kepada Gaya Moden Scandinavian

diy kerusi

Jika anda memiliki kerusi lama yang terpakai kalau boleh jangan sesekali anda membuangnya. Hal ini kerana anda boleh ubahsuai kerusi lama anda dengan cara diy supaya kerusi lama anda kelihatan baru dan cantik. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Nomie Mat Lias. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy kerusi lama kepada gaya moden scandinavian.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian diy yang menarik ini.

Cara DIY Kerusi Lama :

Pertama kali post di sini. Saya asalnya memang tak reti mendeko. Minat sangat, tengok orang punya deko lawa. Kita punya sedih.
Jadi ini projek orang baru belajar la ni. Kalau salah, betulkanlah ya.
Saya nak cari kerusi putih. Yang ada di market, harga tebal jugak. Jadi saya kumpulkan kerusi lama, saya cuba nak hasilkan kerusi putih sendiri. Anak perempuan saya tolong cat.
Mula nak all white, tapi saya suka hijau so saya pilih la color pastel. Start dari Isnin, bersih & undercoat.
Selasa – undercoat sekali lagi. Hari ni cat. Esok satu layer cat lagi dan buat kemasan.

Proses :

1. Lap dan bersihkan habuk-habuk pada kerusi.

2. Kesan yang degil, guna thinner.

3. Undercoat putih 1 tin, Cat Putih Oil Wood Metal 1 tin, Cat Hijau 1 tin. (Kos beli cat rm100+-) Brand JOTUN

Inilah hasilnya buat masa ini. Bolehlah kan?
Esok nak cat kerusi & coffee table color all black plak.

diy kerusiIni adalah project dan progress aktiviti pada hari isnin dan rabu.

diy kerusi

Ini kerusi kegemaran saya. Dekat luar mahal ni. Esok nak kemaskan cat.

diy kerusi

Inilah hasilnya setelah selesai diubahsuai dan dicat.

diy kerusi
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap bermafaat.
Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram