Cara DIY Tandas Lusuh Lama Dengan Cepat Dan Mudah

15,587 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tandas yang kelihatan cantik dan selesa sudah pasti datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga kebersihan tandas mereka. Dengan memiliki tandas yang selesa, ia tidak akan segan untuk digunakan.

Sebagai pemilik rumah sewa, sudah pasti kita mahukan rumah tersebut kelihatan kemas dan selesa. Jadi, bagi memastikan ruangan penting terjaga, pemuda ini yang bernama Ahmad Khairudin telah menunjukkan cara DIY tandas lama tersebut dengan cepat dan mudah.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara DIY Tandas Lusuh Lama Dengan Cepat Dan Mudah

Ini nak kongsi idea dan cara diy tandas lusuh lama dengan harga bajet, cantikkan tandas lama ataupun ada toilet rumah parents dekat kampung ke yang nak bagi kemas sikit.

Macam kes saya sebab penyewa nak masuk awal. Jadi ada waktu 5 hari sahaja untuk deco tandas ini. Nak tukar tiles memang tak sempat dan agak leceh.

Jadi cara yang terbaik adalah dengan melakukan DIY. Janji bakal penyewa selesa.

Kita mudahkan urusan orang insyaallah kita pun dimudahkan urusan nanti.

Waktu diperlukan hanya 3 hari (sebab buat waktu bekerja, boleh cut jadi 2 hari sebab sangat cepat dan senang sahaja sebenarnya)

Bajet RM 440.60 sahaja untuk 2 tandas. Senarai barangan yang digunakan : 

Keadaan tandas atas sebelum diubahsuai.

Cara DIY Tandas Lusuh Lama Dengan Cepat Dan Mudah

Toilet bawah sebelum diubahsuai.

deco tandas lama

Simen putih ini berharga RM5.60 untuk 2 kg. Tujuan dia untuk tutup semua lubang dan defect dekat tiles sebelum mengecat.

deco tandas lama

Langkah 1:

Isi semua defect dengan simen putih. Pakai glove dan tangan sahaja lebih senang. Cepat pun cepat,  45 minit siap atas dan bawah.

deco tandas lama

Rupa tandas apabila sudah siap.

deco tandas lama

Langkah 2:

Hycote semua sekali. Beliau pakai 1 liter sahaja. Cukup-cukup satu liter untuk satu tandas.

deco tandas lama

Beginilah keadaan apabila sudah siap hycote. Walau bagaimanapun, mangkuk tandas dan sinki bungkus dahulu. Kalau tak, comot nanti.

deco tandas lama

Langkah 3 : 

Process cat pakai EA4 Finish, ianya sudah hampir siap dilakukan.

deco tandas lama

Hycote memang akan diberi sekali dengan hardener. Tujuannya adalah supaya mudah melekat tiles dan cepat kering. Kalau tak pakai, cat kita senang menggelupas apabila terkena air.

Pro Tips

Campur Hycote dan hardener sebelum mengecat. Hardener macam gam, jadi pastikan 45 minit atau 1 jam habiskan semua cat.

 

Kalau rasa nak pakai sikit-sikit, jangan campur semua sekali ya. Campur dekat bekas luar mana yang rasa perlu.

deco tandas lama

EA4 finish ini la cat khas untuk tiles yang memiliki high performance. Sesuai untuk tempat yang selalu terkena air.

Kalau nak lagi power, boleh pakai EA9 finish. Itu biasanya orang buat kolam takungan, memang tak tembus langsung air.

deco tandas lama

Tandas selepas siap diubahsuai.

Cara DIY Tandas Lusuh Lama

Rupa tandas bawah selepas diubahsuai. Jangan bimbang, ia tidak licin, nampak saja berkilat, tapi sangat selesa untuk dipijak.

Cara DIY Tandas Lusuh Lama

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down