Cara DIY Wainscoting Kayu Pada Ruang Makan

3,768 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai wainscoting semua orang cukup mengenalinya. Kalau dahulu pemilik rumah hanya mengupah tukang sahaja untuk membuat kerja pemasangan wainscoting, tetapi, pada masa kini rata-rata pemilik rumah mula belajar dan lakukan sendiri sendiri sahaja rumah mereka.

Sama seperti pemilik rumah ini yang bernama Ah Min Ah Putt, beliau telah menghasilkan dekorasi pada bahagian ruang makan secara sendiri sahaja. Sebab kenapa ramai pemilik rumah cuba untuk menggayakan sendiri adalah kerana dapat menjimatkan bajet.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian projek yang dilakukan olehnya ini.

Cara DIY Wainscoting Kayu Pada Dinding Ruang Tamu

Alhamdulillah,

Projek diy wainscoting kayu dining wall dan pintu bilik guna wainscoting jenis kayu.

Bajet keseluruhan RM380.

Selamat mencuba kepada yang ingin diy wainscoting  sendiri juga.

Ini adalah senarai barang yang wajib anda beli jika mahu berjimat dalam memasang wainscoting dinding rumah anda:

Cara DIY Wainscoting Kayu

Keadaan pintu bilik semasa proses wainscoting sedang dilakukan. Permulaan hanya lekatkan kayu pada pintu untuk hasilkan bentuk dan gaya yang dimahukan. Jangan lupa lekatkan dengan pita pelekat supaya kayu itu tidak jatuh.

Cara DIY Wainscoting Kayu

Pintu selepas selesai dilakukan. Sangat cantik apa yang dilakukan oleh pemilik rumah ini secara DIY sahaja. Sangat menjimatkan kos.

Cara DIY Wainscoting Kayu

Keadaan dinding semasa proses wainscoting sedang giat dijalankan. Caranya juga sama, permulaan hanya lekatkan kayu pada dinding untuk  menghasilkan bentuk dan gaya yang diinginkan. Jangan lupa lekatkan dengan pita pelekat supaya kayu itu tidak bergerak.

Projek DIY Wainscoting Kayu

Keadaan ruang dinding rumah dan pintu setelah kerja-kerja DIY selesai dilakukan. Sangat cantik dengan bajet kurang dari 400 anda mampu lakukan wainscoting dengan kemas dan menarik.

Projek DIY Wainscoting Kayu
Projek DIY Wainscoting Kayu

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada pembaca diluar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down