Cara Hasilkan Accent Wall Simple Dan Mudah

1,301 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Accent wall boleh dikatakan bukan sesuatu yang asing lagi. Kebanyakan rumah pada masa kini memang cukup menggemari penggunaan dekorasi rumah berkonsepkan accent wall.

Pemilik rumah ini yang bernama Nik Na juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan dekorasi rumah menggunakan gaya dinding accent ini. Beliau menghasilkan sendiri accent wall tersebut pada dinding ruang tamu rumahnya.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian pemasangan accent wall yang cukup ringkas ini.

Cara Hasilkan Accent Wall Simple Dan Mudah

Atas permintaan beberapa sahabat group. saya kongsikan cara untuk menghasilkan accent wall yang simple ini.

Sudah lama sebenarnya berkenan. Jadi saya decide untuk buat yang simple-simple saja. Boleh la, hasil kerja mak-mak yang dah nak masuk 40an. Tak larat nak buat canggih-canggih.

Nak panjat tangga tu gayat. Nak kena ukur tepat-tepat. Mintak laki kita buat sibuk memanjang. Kita diy sendiri saja lah. Penerangan ada dekat bawah ini.

PVC wire casing ni boleh beli dekat Shopee. Lagi jimat, beliau beli saiz 6 kaki x 1 inci. Rm 3.20 sebatang untuk saiz itu.

Cara Hasilkan Accent Wall

Jenis paku yang digunakan.

Cara Hasilkan Accent Wall

Gam yang digunakan adalah jenama Xbond. Kalau tak nak cat dinding warna coklat, boleh beli yang clear. Beliau beli warna coklat di kedai hardware. Dekat Shopee pun ada jual.

Cara Hasilkan Accent Wall

Okay, ini keadaan dinding asal.

Cara Hasilkan Accent Wall

Ketika ini adalah sesi mengukur gap setiap batang casing. Tingginya tak perlu ukur, beliau beli 6 kaki. Untuk dinding beliau guna 29 batang.

Mula-mula ukur bahagian bawah, gap 1 kaki untuk setiap batang. Untuk bahagian atas, letak tengah-tengah diantara 1 kaki itu. 1 per 2 kaki la maknanya tali tape jangan lupa beli juga kalau yang belum ada.

accent wall

Kalau nak senang, paku dahulu tengah-tengah casing. Selepas itu, letak gam pada casing dan tampal. Kalau guna banyak paku pun tak ada masalah. Gam untuk touch-up sahaja. Takut rosak dinding.

accent wall

Setelah siap paku dan gam semua. Proses mengecat pula akan dilakukan.

accent wall

Setelah siap mengecat. Suami pun balik dan berkata.

Ya Allah mama. Bakpo cat tapong-tapong ni?

Tapi ni baru 1st layer la. failed hahaha.

accent wall

Untuk layer kedua, suaminya yang tolong cat. Boleh pakai apa-apa jenis cat air. Yang penting kena 2, 3 layer baru cantik dan nampak elok.

Cara Hasilkan Accent Wall

Proses mengecat telah selesai dilakukan oleh suaminya.

Cara Hasilkan Accent Wall

Pada bahagian dinding itu, kita letak bunga-bungaan sedikit supaya naik seri. Tak boleh sarat sangat sebab dinding sudah penuh corak.

Cara Hasilkan Accent Wall
Cara Hasilkan Accent Wall

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca Giler Deco diluar sana.


Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down