Cara Hias Dapur Tanpa Membazir Ruang Countertop | Giler Deco

Cara Hias Dapur Tanpa Membazir Ruang Countertop

Dapur adalah sebahagian daripada bilik yang digunakan untuk memasak dan penyediaan makanan di kediaman. Bagi para ibu, dapur ibarat sebagai jantung untuk sesebuah rumah. Sebagai ruang penting dalam sesebuah rumah, dapur berhak untuk kelihatan cantik. Ketika memikirkan idea untuk menghias dapur, pastinya anda pernah berasa agak risau untuk menggunakan aksesori tambahan di dapur kerana memiliki ruangan yang agak terhad. Jadi risau lagi! Jom baca artikel Giler Deco ini untuk ketahui cara hias dapur tanpa membazir ruang countertop dapur anda.

Cara Hias Dapur Mudah Dan Simple :


Dengan tambahan aksesori kecil mampu untuk membuatkan dapur rumah anda kelihatan lebih menarik dan ceria.


Kitchen Island dengan permukaan putih sebagai pemisah antara ruang di samping untuk mengekalkan konsep dapur terbuka. Untuk menceriakan lagi ruangan dapur kesayangan anda, pelbagai warna menarik boleh digunakan dan anda perlu bijak untuk letaknya di tempat yang sesuai. Sebagai contoh, kerusi warna kuning yang menjadi warna penarik bersebelahan dengan karpet berwarna-warni. Gabungan warna putih dan kuning telah menaikkan seri dapur ini. Simple tapi menarik bukan?


Suasana dapur kelihatan lebih unik apabila periuk berwarna biru diletakkan di atas dapur gas kitchen island ini. Memang sesuai dipadankan begitu!

Periuk biru juga kelihtan padan dengan kerusi kuning dan almari pantri di belakang kitchen island itu. Gabungan warna yang mudah, segar dan mencerahkan ruang di samping membuatkan dapur nampak lapang dan ceria.

Warna solid juga menghiasi dapur kontemporari ini. Jika dilihat seperti gambar diatas, pasu yang diletakkan berhampiran sudut tingkap ini membuatkan dekorasi jenis ini tampak lebih hebat dan rilex.

Karpet yang mempunyai gabungan warna biru-kelabu dan sedikit unsur warna kuning ini menghasilkan kombinasi warna yang sangat sesuai dan kelihatan menarik. Tips untuk memilih warna permaidani adalah anda boleh memilih permaidani yang berwarna lembut untuk memberikan impak yang menyejukkan mata anda.

Sinki putih dipadankan dengan paip yang cantik dan moden. Pada masa yang sama ia membuatkan ruangan dapur anda kelihatan bersih.

Peralatan dapur yang digunakan juga sering menjadi sebahagian daripada hiasan dapur. Pembakar roti dan pengisar diletakkan di atas countertop. Ini adalah kedudukan yang kemas dengan backsplash, menjaga ruang sekitar countertop dan sedia digunakan apabila perlu.

So, ini adalah serba sedikit tips dan cara untuk cara hias dapur tanpa membazir ruang countertop.

Selamat Mencuba

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram