Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror Gaya Mewah

13,025 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki ruang kediaman yang cantik dan selesa merupakan impian bagi setiap pemilik rumah. Jadi, jika berkeinginan mahu melakukan perubahan pada ruang rumah, perkara yang paling utama adalah pengiraan bajet yang ingin dikeluarkan.

Hal ini kerana, tidak semua orang mampu untuk melakukan ubahsuai dengan bajet yang melebihi kemampuan diri sendiri. Sesetengah pemilik rumah lebih memilih untuk melakukannya secara DIY kerana ianya lebih jimat.

Sama seperti wanita ini yang bernama Nur Amani Abdul Rani. Beliau lebih memilih untuk melakukannya sendiri sahaja. Beliau juga ada berkongsi cara lakar dan DIY sendiri grand mirror ini kepada gaya mewah dengan harga cukup bajet.

Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror Gaya Mewah

DIY Accent Wall Mirror "Grand Mirror"

Design kali ini lagi mencabar sebab nak dapatkan bentuk square memandangkan tool paling canggih kami ada hanyalah "water level".

Okay bajet mahal jugak tapi masih jimat berlipat kali ganda, ia memerlukan kesabaran Encik Suami itu yang tak boleh dibeli dekat mana-mana.

Barangan yang digunakan:

  1. Kayu 2.5 inci 12 batang x RM 16
    Link: https://shp.ee/ujgbdad
  2. Cat dulux 1L 1 tin x RM 25
    Link: https://shp.ee/c2gc6td
  3. Cat nippon 1L 1 tin x RM 38
    Link: https://shp.ee/xzduzyd
  4. Cermin 16 keping RM 288
    Link: https://shp.ee/hggt6fd
  5. Masking tape 2 gulung x RM 4
    Link: https://shp.ee/sektf4d
  6. Sealant 1 x RM 5
    Link: https://shp.ee/e9uf4vd
  7. Gam kayu 1 x RM 10
    Link: https://shp.ee/qvqrezd
  8. Kertas pasir 2 keping x RM 2
    Link: https://shp.ee/ntjr6n5

Jumlah keseluruhan RM570.

Keadaan ruang makan sebelum diubahsuai.

Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror

Lakaran yang dihasilkan.

Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror

Proses meratakan dan melicinkan kayu dilakukan.

Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror

Kayu disapu dengan menggunakan undercoat terlebih dahulu sebelum dicat.

Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror

Proses seterusnya adalah cat kayu grand mirror tersebut dengan warna pilihan.

Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror

Kemudian potong kayu mengikut kesesuaian dan saiz yang kita mahu.

grand mirror

Kayu yang telah dipasang itu mula dilekatkan pada dinding.

grand mirror

Proses diteruskan lagi dengan melekatkan bahagian tepi kayu dengan gam.

Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror

Hasil dinding ini setelah siap dipasang kayu accent.

grand mirror

Proses seterusnya pula adalah memasang cermin dibahagian petak kayu yang disediakan.

Cara Lakar Dan DIY Sendiri Grand Mirror

Ini adalah hasil akhir setelah grand mirror selesai dipasang pada dinding ruang makan tersebut.

grand mirror

Keadaan ruang makan dari jarak pandangan dekat.

grand mirror

Pandangan lain bahagian grand mirror setelah selesai diubahsuai.

grand mirror

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk deco rumah dengan cara DIY.

Selamat mendeco.


Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down