Cara DIY 100% "Window Shutter" Gaya Rumah Mat Salleh | Giler Deco

Cara DIY 100% “Window Shutter” Gaya Rumah Mat Salleh

window shutter

Tidak ramai dikalangan kita berani untuk cuba melakukan diy pada bahagian pintu rumah bagi menampakkan lagi deco rumah lebih kreatif, cantik dan menarik. Rata-rata pemilik rumah tidak begitu berani untuk melakukannya kerana risau akan melakukan kesilapan atau pun projek tidak berhasil seperti yang diinginkan. Tetapi itu semua tidak menjadi penghalang bagi pemuda ini yang bernama AlBillal AlHabshi AlHaj. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara diy 100% “Window Shutter” gaya rumah mat salleh.

Jom ikuti perkongsian deco window shutter yang menarik dilakukan oleh pemuda ini.

Cara DIY 100% “Window Shutter” Gaya Rumah Mat Salleh

 

Done projek diy window shutter. Kita tiru design rumah mat saleh sikit. Simple-simple sahaja.

 

Ini adalah kayu yang digunakan untuk membuat window shutter tersebut.

Peralatan dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan projek diy window shutter ini.

Proses pemotongan kayu dilakukan.

Kayu diukur dan dipotong bagi mendapatkan saiz yang sesuai untuk tingkap rumah.

Proses diteruskan lagi dengan mencantum kayu yang telah dipotong.

Keadaan kayu apabila siap dicantumkan.

Kayu perlulah diukur supaya saiznya tidak lari dari saiz pintu yang ingin dibuat itu.

Keadaan kayu selepas di cat dengan warna hitam.

Kayu yang telah dicat perlulah dijemur terlebih dahulu.

Proses pemasangan kayu sudah mula dilakukan pada jendela rumah.

Proses diteruskan lagi.

Hasil setelah selesai melakukan diy window shutter.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai secara diy rumah anda nanti. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram