Cara Mudah DIY Rak Ruang Laundry Tempat Letak Sabun

5,073 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Aktiviti projek DIY pada masa kini memang sudah menjadi kebiasaaan untuk semua golongan. Hal ini kerana, dengan melakukan secara DIY, ia dapat menjimatkan kos berbanding daripada membelinya secara terus di kedai-kedai perabot dan sebagainya.

Sebenarnya, penghasilan rak seperti ini tidaklah begitu rumit untuk dilakukan. Seperti perkongsian daripada wanita ini yang bernama Norpadilah Binti Afandi. Beliau telah berkongsi cara mudah lakukan DIY rak ruang laundry tempat letak sabun hanya dengan menggunakan kayu buruk terbuang sahaja.

Cara Mudah DIY Rak Ruang Laundry Tempat Letak Sabun

Kita memang sejenis tak suka duduk diam. Kali ini kita pasang target untuk selesaikan projek-projek tertangguh. Jadi, kita buat satu lagi storage item untuk laundry area kita yang kecil sekangkang kuman ini.

Projek DIY yang dilakukan ini semuanya hanya menggunakan bahan-bahan terpakai. Kayu dan papan lama dikutip dari dumpsite sahaja.

Rak Ruang Laundry

Contoh susunan papan yang telah siap dipaku.

Rak Ruang Laundry

Cat yang digunakan adalah dulux waterbased. Kalau suka lakukan DIY dan buat kerja kayu, belilah cat ini buat stok simpanan. Cat ini adalah cat minyak yang berasaskan air. Ia sangat cepat kering dan tidak berbau.

Rak Ruang Laundry

Ruang laundry sebelum diubahsuai.

Rak Ruang Laundry

Projek DIY masih belum siap, ada lagi kerja-kerja touch up yang belum diselesaikan.

Rak Ruang Laundry
Rak Ruang Laundry

Tempat ruang laundry ini sangat terhad. Penghasilan rak ruang laundry ini adalah untuk menyimpan sabun-sabun dan keperluan laundry supaya mudah untuk diambil semasa ingin mencuci baju.

Rak Ruang Laundry

Bila sabun-sabun itu sudah tersorok, barulah nampak lebih kemas dan tak serabut mata memandang.

Rak Ruang Laundry

Untuk quote, ia menggunakan alphabet stencil dan pen marker sharpie. Boleh belinya di Shopee.

Alphabet stencil: https://shope.ee/7zdjzxZDP6

Rak Ruang Laundry

Roda yang digunakan ini pun roda terpakai sahaja.

Rak Ruang Laundry
Pro Tips

Tips untuk suri-suri rumah (macam kita) untuk DIY rak ruang laundry.

 

Jangan limitkan apa yang kita bayangkan itu hanya dapat dicapai dengan duit semata-mata dan kalau suami tak pandai bertukang, jangan la kita mengeluh pulak, jadilah pasangan yang saling melengkapi.

 

Apa kata kita yang belajar menukang dulu, selepas itu, kita ajak si suami menukang sekali.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down