Cara Mudah DIY Wainscoting Cermin Dinding

47,384 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai wainscoting, sudah pasti ramai yang tahu dan cukup mengenalinya. Wainscoting berfungsi sebagai corak kreatif yang mampu membuatkan kawasan dinding rumah lebih kelihatan menarik. Untuk menghasilkannya secara DIY, memang ianya cukup jimat tetapi ia memerlukan sedikit kepakaran supaya ianya tidak tersalah pasang.

Namun, jika ia dilakukan oleh individu yang cukup teliti dan pakar, sudah pasti hasilnya akan lebih menarik dan cantik. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nor Hidayu Baharudin. Beliau telah menghasilkan DIY wainscoting dinding pada bahagian ruang makan rumahnya berkat dari kegigihannya bersama suami.

Jadi, untuk melihat hasil yang dilakukan ini, boleh teruskan bacaan dibawah ini.

Cara Mudah DIY Wainscoting Cermin

Hai semua.

Baru ada kesempatan nak share cara-cara kami diy wainscoting dan cermin. Harap dapat membantu semua. Kami bukan pro. Hanya try and error sahaja.

Alhamdulillah dengan sedikit bajet yang ada, boleh la untuk sedapkan mata kami sekeluarga. Tak semudah dan tak la susah mana. Buat slow-slow insyaallah boleh. Nak deco cantik-cantik tak semestinya kena keluar modal yang banyak kan?

Cara-cara dan bahan-bahan ada dekat bawah ya.

Link Barangan yang digunakan :

  1. Wainscoting pvc : https://shp.ee/6kbazaa
  2. Gam X bond : https://shp.ee/nn7cu4a
  3.  Sesiku L : https://shp.ee/9pr9nfs
  4. Mini Hack Saw : https://shp.ee/jdnifda
  5. Pita Pengukur : https://shp.ee/xeqwr5s
  6. Cermin Dinding : https://shp.ee/isgawxi

Cara 1 :

Bahan-bahan :

Pita ukur, pembaris L, gergaji kecil, penimbang air dan design yang anda nak buat. kami lakar-lakar sahaja. basicnya kotak antara kotak kami jarakkan 4 inch. Putty filler untuk tutup lubang-lubang kecik.

DIY Wainscoting Cermin

Gam ini boleh beli dekat Mr.DIY.

DIY Wainscoting Cermin

Pada bahagian dalam dia kosong. Boleh beli 2 size ini. Yang 8cm dan 4cm. Ambil yang plain sebab nak cat ikut warna dinding.

DIY Wainscoting Cermin

Cara 2 :

Selepas sudah ukur dinding, ia perlu dilakar sedikit mengikut berapa kotak yang ingin dihasilkan. Seperti yang dilakukan oleh mereka, kiri dan kanan dibuat sama besar dan tengah lebih besar. Kotak kiri kanan 24x24 inch dan tengah 50x24 inch. Yang ini kena ukur mengikut dinding rumah dahulu. Sebab saiz dinding tidak sama besar.

DIY Wainscoting Cermin

Cara 3 :

Bila sudah di gam, lekat paper tape sementara nak bagi gam kering.

deco rumah

Cara 4 :

Selepas itu, sumbat filler dekat lubang kecik celah-celah itu supaya lebih cantik. Ketika ini memang nampak comot sedikit.

Kalau tak nak tangan comot, boleh guna sealant. Pam sahaja macam gam itu. Nanti sudah cat, tak nampak dah comot-comot itu. Beliau guna putty filler sahaja sebab memang sudah ada dekat rumah.

deco rumah

Bahagian tangga sudah siap.

deco rumah

Siap half wainscoting.

deco rumah

Cara 5 :

Untuk yang atas ini agak rumit sedikit. Sebab wainscoting ini panjang maksimum masa beli cuma 58-60 inch sahaja. Kami punya kotak atas yang kiri kanan size 68x24 inci. Jadi kena tambah sikit dekat atas. Nanti letak filler, hilang la gap yang nampak lubang-lubang kecil itu.

deco rumah

Bahagian family hall atas. Baru siap cat wainscoting.

deco rumah

Baru cat 1 layer. Kami cat 3 layer untuk tak nampak putih-putih itu.

deco rumah

Family hall selesai dilakukan.

deco rumah

Yang ini pula wainscoting dan cermin sekali. Amat sukar nak pasang sebab hanya guna cermin beli dekat Homepro sahaja.

Kalau nak jimat, cermin itu ianya digantung bukan gam. Sebab nanti senang nak buka bila sudah bosan. Bahagian ukur nak tebuk lubang paling mencabar. Silap-silap boleh senget. Jadi, pandai-pandai la ukur dengan betul.

deco rumah

Siap gantung cermin, mereka buat frame guna wainscoting keliling. Lekatkan macam biasa. Kalau ada lubang-lubang kecil fillerkan sahaja bagi kemas.

deco rumah

Keadaan semasa filler diletakkan. Memang comot sedikit. Jadi, ambil kain basah, lapkan sahaja dan akan kelihatan cantik macam sebelah kiri itu.

deco rumah

Alhamdulillah. Siap ruang makan.

deco rumah

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap ianya dapat memberi manfaat untuk semua pembaca dalam melakukan DIY wainscoting dan cermin di rumah.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down