Cara Terbaik Deco Ruang Dalaman Kecil Dan Sempit

1,512 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang rumah yang kecil dan sempit jangan ingat tidak boleh di dekorasikan. Hal ini kerana semua ruang boleh di dekorasikan mengikut kreativiti anda. Apa yang penting adalah kemahuan anda sama ada mahu dekorasikan rumah anda atau tidak. Perkongsian kali ini adalah dari Syamin Ilham Venture. Perkongsiannya adalah mengenai cara terbaik deco ruang dalaman kecil dan sempit.

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Biasanya pasti ramai yang sedang mengemas, mencantikkan teratak syurga masing-masing agar sentiasa indah dan mendamaikan halwa mata dan pandangan kita. Tetapi untuk melakukan itu semua memerlukan idea kreativiti yang cukup kreatif barulah hasil yang di peroleh sangat menakjubkan. Ada yang tak ada idea nak kemas atau susun aturkan perabot dan mengasingkan ruangan rumah anda? Giler Deco ada caranya untuk menyelesaikan masalah anda.

Giler deco kali ini mahu berkongsi sedikit tips bagaimana mengasingkan sesuatu ruang dan contoh-contoh pengasingan ruang yang kecil agar  kelihatan luas, kemas, mewah, elegan dan menarik.

Cara Terbaik Deco Ruang Dalaman Kecil Dan Sempit :

 

Tips 1 :

Anda boleh buat pengasingan tersebut dengan penggunaan warna, susun atur atau pun aksesori yang berkaitan. seperti contoh untuk Ruang tamu, anda boleh mewarna dengan warna biru pekat atau biru gelap untuk mendapatkan impak yang elegan, mewah dan ekslusif.

Tips 2  :

Manakala untuk mengasingkan Ruang tamu tersebut dengan dapur, anda juga boleh mewarnakan ruangan dapur anda dengan warna coklat dan warna hitam untuk mendapatkan impak yang elegan, mewah dan ekslusif.

Tips 3 :

Apa yang paling penting adalah anda dinasihatkan agar untuk selarikan rumah anda dengan menampakkan ruangan tersebut dalam satu konsep yang sama serta agar rumah merupakan satu ruangan yang sama. Sebagai contoh, anda boleh satukan dengan menyamakan corak lantai anda dengan satu corak atau satu warna.

Anda juga boleh rujuk pada gambar yang Giler Deco sediakan di bawah untuk memudahkan dan membantu anda mendapat gambaran yang lebih jelas dan secara nyata.

Dekorasi 1 :

Ruang rumahnya tidak begitu luas. Tapi disebabkan hasil dekorasinya yang menarik. Ruang ini nampak luas dan cantik meskipun memiliki ruang yang agak sempit.

Dekorasi 2 :

Meskipun ruang tamu rumahnya agak sempit. Tetapi disebabkan pemilihan warna dan tona warna yang menarik mejadikan rumah itu luas. Jelas warna sebegini mampu membuatkan rumah anda nampak lebih luas dan menarik.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea untuk mendekorasikan ruang rumah anda.

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down