Cara Ubah Meja Makan Menjadi Tempat Belajar Online (PdPR) Bercirikan Style Pejabat

1,851 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Musim pkp 2.0 ini merupakan waktu yang mencabar untuk kita semua terutama anak-anak yang ingin belajar. Sekarang pun anak-anak dikehendaki belajar secara dirumah ataupun dipanggil Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Sewaktu PdPR ini, para ibu mungkin mengalami masalah dalam menguruskan hal ini. Namun, usah risau kerana para ibu boleh menggunakan idea daripada Hazlina Harumaini ini. Beliau telah mengubah meja makan untuk dijadikan tempat pembelajaran online namun bercirikan style pejabat.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara dan juga bahan yang ibu ini gunakan untuk membuat partition untuk mengubah meja makan menjadi tempat pembelajaran online anak waktu PdPR. Anak-anak juga boleh fokus belajar. Jom kita tengok.

Ibu Ini Kongsi Cara Ubah Meja Makan Menjadi Tempat Pembelajaran Online (PdPR) Bercirikan Style Pejabat !!

 

Bahan Yang Diperlukan

Ini adalah bahan yang perlu digunakan untuk membuat partition pada tempat pembelajaran anak-anak anda. Harga bermula dialah RM20.90

Table Partition/ Keep your distance safe dining/ office/ canteen/ school (High quality 5MM thick polypropylene sheet)

- Magic Cube ( Kedai Eco ) ( RM2.10 )

Ini adalah Magic Cube. Ia merupakan barang untuk partition. Harga cuma RM2.10 sekeping. Ia didatangkan dengan connector untuk sambung dan lock supaya ia tidak bergerak.

TEMPAT PEMBELAJARAN ANAK / ONLINE STATION 

Ini lah dia cara saya membuat station online untuk anak-anak. Sebab semua kena berkumpul dekat-dekat terpaksalah guna dining table ini untuk kegunaak PdPR anak empat orang. Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ini.

pembelajaran online

Waktu ni sudah habis sesi belajar, sebab itu ada penampakan bermain Roblox disitu.

pembelajaran online

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Kami harap anda mendapat inspirasi untuk membuat tempat pembelajaran online demi anak-anak anda. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Sumber : Hazlina Harumaini

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Transformasi Rumah Sewa Felda RM 200 Siap Dengan Karpet Rumput. Memang Cantik & Elegan !!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down