Cara Untuk Bersihkan Mesin Basuh Sampai Berkilat | Giler Deco

Cara Untuk Bersihkan Mesin Basuh Sampai Berkilat

Setiap masa kita sudah pasti akan menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian keluarga kita. Lebih-lebih lagi apabila tibanya musim tengkujuh ini, sudah pasti kita akan lebih banyak menggunakan mesih basuh untuk membasuh pakaian yang basah. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara untuk bersihkan mesin basuh sampai berkilat.

Walaupun begitu, apabila tersangat kerap digunakan, sudah pasti mesin basuh tersebut akan menjadi berkeladak dengan air kotoran yang hitam serta sisa-sisa kotoran dari mesin tersebut.

Jangan risau kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Perkongsian daripada Khairul Abdullah ini boleh dijadikan panduan bagaimana ingin cuci mesin basuh dengan mudah, cepat dan paling penting menjimatkan. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.

Cara Untuk Bersihkan Mesin Basuh :

Saya cuci mesin basuh ni setiap 2-3 minggu sekali.

Nota Penting :

  1. Setiap kali cuci air, dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
  2. Lagi kerap basuh lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam tu. Jadi sekiranya anda rajin setiap minggu boleh cuci, tapi sekiranya anda malas nak cuci setiap minggu maka anda boleh cuci 2-3 minggu sekali.
  3. Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau guna baking soda dengan cuka.
  4. Beli baking soda yang berjenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol.

Cara-Cara Mencuci :

1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=10158614899012277&set=pcb.10158614893547277

Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu. Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.

2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.

Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira bersih dah.
3. Jangan biarkan tempat letak sabun dan softener tersebut. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. jadi cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kalau nak pakaian kita bersih serta wangi, anda kena rajin-rajinkanlah untuk mencuci nya setiap minggu. Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi.

Artikel berkait :

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram