Deco Dapur Rumah Sewa Guna Barang IKEA | Giler Deco

Deco Dapur Rumah Sewa Guna Barang IKEA

deco dapur

Memiliki dapur yang cantik dan kemas adalah impian setiap pemilik rumah. Walaupun anda sekadar menyewa dirumah sewa, itu bukanlah penghalang untuk anda dalam cuba untuk ubahsuai dapur rumah sewa anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga penyewa rumah tersebut yang bernama Shazwani Nasa. Perkongsiannya adalah mengenai deco dapur rumah sewa guna barang ikea yang simple tapi kelihatan sangat cantik.

Jom ikuti perkongsian menarik yang ingin disampaikan oleh wanita ini.

Deco Dapur Rumah Sewa Guna Barang IKEA :

Before and after.
Rumah sewa tak ada table top. Ikea knoxhult ni selalu oos kat ikea Tebrau.
Kalau pindah boleh bawa keluar.
Boleh la, deco sikit-sikit. Still in progress. baru ada mood nak masak-masak. My small rental house.
Shazwani Nasa

Ini adalah keadaan dapur sebelum diubahsuai dengan kabinet dari IKEA.

deco dapur

Ini adalah keadaan dapur setelah dapur IKEA siap dipasang dengan kelihatan lebih menarik dan tersusun.

deco dapur

Ini adalah keadaan kawasan kabinet dapur IKEA dengan susunan barangan dapur yang teratur disusun.

deco dapur

Ini adalah keadaan pada bahagian sinki dengan susuan barangan yang teratur dan kemas.

Link Shopee jika berminat untuk dapatkan rak pada bahagian bawah sinki.

Link shopee

Rak 1 : https://shp.ee/em5ma5g

Rak 2 : https://shp.ee/dci8f6y

Rak 3 : https://shp.ee/73pc6fg

deco dapur
Ini adalah susun atur peralatan dapur seperti senduk, sudu dan sebegainya dihias secara gantung dengan sangat tersusun.

Link Shopee :

Kitchen hanger : https://shp.ee/kk33gn8

Towel Tissue : https://shp.ee/drrsy98

Susunan barangan pada kabinet kayu.

deco dapur
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi dalam deco dapur rumah anda. Semoga perkonngsian ini bermanfaat untuk anda.
Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram