Deco Rumah Kos Murah Guna Konsep IKEA Show Room

12,904 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik lama tidak semestinya akan sentiasa kelihatan lama. Jika diberikan satu nafas baru, sudah pasti ianya akan kembali ceria.

Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu yang bernama Juliana Bte Mohamad. Beliau telah menghasilkan dekorasi pada bilik tidurnya dengan menggunakan konsep IKEA show room.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Deco Rumah Kos Murah Guna Konsep IKEA Show Room

Rumah kos murah.

Insyaallah next project dapur pula.

Ini adalah keadaan selepas deko interior master bedroom dan bilik anak. Idea banyak dirujuk dari IKEA show room dan perabot pun sama. Cuma katil anak, Beliau custom fabricate.

Rumah murah ruangnya sangat limited. Jadi, perah otak juga untuk ubahsuai ruang supaya nampak luas dan kemas. Dari mengecat hingga finishing beliau buat sendiri. Penat dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Deco Rumah Kos Murah

Keadaan ruang belajar sebelum diubahsuai dengan gaya lebih moden.

Deco Rumah Kos Murah

Tempat simpan baju sebelum dan selepas diubahsuai.

Deco Rumah Kos Murah

Bahagian katil sebelum dan selepas diubahsuai.

Deco Rumah Kos Murah

Ruang menonton tv sebelum dan selepas diubahsuai.

Deco Rumah Kos Murah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam menghasilkan dekorasi bilik seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down