Deco Dari Rumah Sewa Kampung Kepada Rumah Teres Murah

7,131 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah menjadi impian semua orang untuk tinggal dan memiliki rumah sendiri. Namun, bukan semua orang mampu untuk memiliki rumah sendiri kerana ia memerlukan bajet yang agak besar.

Jadi, disebabkan hal tersebut, ramai yang baru berkahwin lebih memilih untuk menyewa dahulu sebelum memiliki rumah sendiri. Perkara tersebut dilakukan oleh wanita ini yang bernama Noor Ain. Walaupun tinggal di rumah kos rendah, beliau berjaya menghasilkan dekorasi yang cukup menarik dan kemas.

Jom sama-sama ikuti perkongsian yang menarik ini.

Deco Dari Rumah Sewa Kampung Kepada Rumah Teres Murah

Rumah sewa pertama dan yang terkini. Dari rumah kampung kepada rumah teres murah.

Dulu-dulu dapur sebesar alam ke dapur sekecil alam. Barang-barang baking saya terpaksa khaskan satu bilik.

Dapur saya tak ada tema. Saya hanya susun practically dan organized untuk memudahkan saya buat kerja-kerja sahaja.

Saya pegang konsep bersih dan kemas sahaja. Cantik letak tepi dulu sebab bajet tak mengizinkan lagi.

Untuk detail ada pada setiap gambar.

Rumah pertama yang disewa selepas suami dapat posting dekat area pendalaman Pahang ini. Sempadan Pahang - Negeri Sembilan. Peti sejuk dan meja makan itu pun ada guru yang baik hati sedekahkan untuk kami yang baru pindah masa itu. Sekali rak yang kami letak dapur itu.

ubahsuai rumah lama

Rak yang letak dapur itu ihsan seorang guru yang sedekah untuk mereka yang baru sahaja posting dekat sini 3 tahun yang lalu. Beliau masih guna hingga kini. Jimat bajet sikit untuk yang baru pertama kali posting ni. Guna apa yang ada sahaja.

ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama

Bilik kecil yang dekat dengan dapur beliau jadikan bilik baking.

ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama

Langsir hitam bawah dapur itu beliau reuse daripada langsir yang suaminya pasang dekat kereta dulu-dulu sebelum tinted sebab tak nak membazir. Hitam pun hitam la. Bawah dapur itu beliau letak botol-botol kicap, sos, dan bahan-bahan untuk minuman.

Sebelah peti ini ada satu rak tertutup yang beliau gunakan untuk letak stok masakan. Bawah singki beliau letak stok span, sabun dan handwash. Rak yang dekat bawah itu beliau simpan periuk-periuk. Sebelah freezer, ada satu laci yang disusun botol-botol rempah dan bahan masakan yang lain.

ubahsuai rumah lama

Agak menarik konsep dekorasi simple yang dihasilkan ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down