Deko Bilik Tidur Pantas Hanya Guna Wallpaper ECO

1,309 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Terfikir macam mana nak lakukan sedikit pengubahsuaian pada dinding rumah kampung anda? Boleh ikuti cara yang dikongsikan oleh Nor Suhada ini. Beliau berkongsikan bagaimana untuk lakukan sedikit ubahsuai dan deko dinding yang pantas dengan hanya menggunakan wallpaper daripada kedai ECO ini.

Hasil deko yang dilakukan pada bilik tidur anak beliau ini mendapat perhatian ramai orang termasuk juga ahli grup dari Deko Dengan Kedai ECO. Ramai yang kagum melihat ubahsuai yang pantas dilakukan oleh Nor Suhada dan juga suaminya. Jom kita tengok hasil deko bilik tidur anak beliau yang dilakukan sepantas kilat ini.

Deko Bilik Tidur Anak Dengan Sepantas Kilat Hanya Menggunakan Wallpaper Kedai ECO Sahaja

Hasil mendeko bilik guna wall paper dari eco je. Alhamdulilah mudah dan cepat. Suami tampal playwood dulu baru mudah keje.

Deko Bilik Tidur Anak Sepantas Kilat Guna Wallpaper ECO

Inilah dia keadaan bilik anak yang dulu. Biasalah rumah orang kampung awal-awal memang macam ni dekonya.

Deko Bilik Tidur

Suami tampal playwood pada setiap dinding sebab ni rumah kayu lama so banyak lubang2 dalam bilik ni dah macam taman skodeng pula.

Setiap playwood kami cat nipis dulu sebab nak bagi kertas dinding tu melekat elok.

Deko Bilik Tidur

Saya tampal kertas dinding bertemankan kain napkin anak dan kad (macam kad bank ke kat ahli tesco ke balut dalam kain) gosok setiap kali saya buka sticker belakang kertas tu dan tampal.

Untuk yang bertanya lantai tu cat saya guna cat lantai/woodstain. Boleh tanya kedai hardware untuk cat ni. Kalau jenis tak suka habuk karpet bole la pakai cat ni.

Deko Bilik Tidur

Kredit : Nor Suhada

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down