Deko Kepala Katil Mewah Dengan Modal Serendah RM10

2,253 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Katil merupakan perabot yang diperbuat dari kayu atau logam yang telah dipasang palang atau pegas sokongan supaya dapat diletakkan tilam diatasnya. Saiz katil yang common digunakan oleh orang ramai ialah queen size dan single bed.

Namun begitu, bagi mereka yang mempunyai anak ramai tetapi ruangan bilik terhad, mereka lebih memilih untuk menggunakan katil double. Ramai antara kita yang mempunyai katil tetapi tidak tahu bahawa mereka boleh melakukan dekorasi kepada katil tersebut supaya terlihat lebih cantik dan mewah.

Perkongsian daripada Merra Ibrahim ini sememangnya membuka mata orang ramai untuk melakukan dekorasi pada katil mereka. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian dari beliau.

Hasil Dekorasi Kepala Katil Mewah Dengan Wallpaper Dari Mr.DIY

@merraco29

semoga membantu.. lambat bt tutorial kepala katil sbb bz gan keje..maaf jika ada kekurangan vid ni😊 #esekeli #diy #deko

♬ Mabuk Lagi (Remix) - syhhafiq

Wallpaper ni korang boleh dapatkan dekat Mr.DIY tau. Dekat kedai eco pun ada , tapi sekarang ni ramai yang takut nak masuk kedai saka ni. Niat awal nak beli wallpaper je, tapi last-last beli barang habis sampai beratus-ratus.

Ini merupakan keadaan katil sebelum dilakukan dekorasi. Nampak biasa je kan.

Pertama sekali, susun dan tampal wallpaper dalam keadaan menegak di sepanjang kepala katil.

Selepas dah siap pasang. Tampal wallpaper 3 dimensi pula. Kalau korang nak beli dekat shopee pun boleh. Tak memeningkan kepala dan mudah.

kepala katil

Hasil Akhir Selepas Siap Dideko

Tada! Nampak macam katil mahal betul tak? Padahal tampal wallpaper je. Memang hebat betul penangan wallpaper ni.

kepala katil

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi kepala katil menggunakan wallpaper dari eco shop. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada korang untuk lakukan dekorasi pada bahagian katil mahupun dinding rumah.

Kredit: @merraco29 (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down