Deko Rumah "Modern English" Berasas Dari Sebuah Lukisan | Giler Deco

Deko Rumah “Modern English” Berasas Dari Sebuah Lukisan

Setiap daripada kita ini pasti mempunyai impian untuk membuat rumah idaman sendirikan? Apabila ada impian sebegini, sebaiknya kita lukis dahulu diatas kertas setiap dekorasi sesuatu rumah tersebut bagaimana dekorasi yang kita mahukan. Mana tahu lukisan tersebut suatu hari nanti akan menjadi realiti.

Sama juga dengan Alel Sharifuddin ini, beliau telah lama mengidamkan rumah impian beliau. Malah, beliau telah siap lukis lukisan sedikit “sketch” bagaimana rumah yang beliau inginkan diatas sebuah kertas. Sekarang lukisan tersebut bukan angan-angan lagi, kini sudah menjadi realiti.

Beliau telah melakukan satu dekorasi rumah ala-ala “modern english” yang sangat cantik dan menawan. Hasil tersebut merupakan dekorasi rumah tamu berukuran 1064 sqft di Melaka. Jom kita tengok perkongsian beliau dibawah tersebut.

Dari Sebuah Lukisan Hingga Realiti, Dekorasi Rumah “Modern English” Ini Sangat Cantik

 

PERINCIAN SETIAP DEKORASI

RUANG MENONTON

lukisan

lukisan

Board putih yang ada dibelakang tv tersebut ditempah dan dibuat oleh Arteco Design manakala aksesori jam adalah Mr.DIY

RUANG TAMU

Sofa yang berada diruang tamu ini berharga RM2500. Dibeli dikedai perabot Milano.

RUANG MAKAN

lukisan

lukisan

Meja makan tersebut dibuat sendiri menggunakan fingerjoint rubberwood (20mm) 8 x 4 RM 150, dipotong kepada 6 x 3. Pada bahagian tengah, epoxy resin dituang, kaki meja pula menggunakan besi hollow 3 x 1. Kerusi dari Recycle Furniture.

Hiasan kebanyakkan dari shopee,Mr DIY, Romantika dan juga kedai ECO.

Dinding batu menggunakan batu jenis Suzuka Kastone BK 31-series. Sebanyak 8 kotak digunakan (RM 86 sekotak). Semua total kos RM688.

ALMARI (BILIK UTAMA)

lukisan

lukisan

Almari besar ini juga ditempah daripada Arteco Design, Kos dalam RM3000. Lebarnya ialah 6 kaki.

Untuk katil ini semua dibeli di kedai perabot Milano. Cadar dibeli daripada shopee. Langsir adalah daripada Nagoya dan last sekali, frame daun tersebut dibeli daripada SSF.

BILIK 2

BILIK 3

DAPUR KERING

lukisan

Permukaan dapur tersebut adalah diperbuat daripada “material marble”. Kos adalah RM9500 termasuk pintu sliding dan juga dapur basah.

DAPUR BASAH

Dapur basah menggunakan Dapur Elba dibeli daripada Homepro dan juga rak hitam pula berharga diantara rm 70- rm 185 di shopee.

DINDING SUBWAY TILES

Cermin tersebut berharga RM 165 – RM 278 di Shopee.

BALKONI

Sumber : Alel Sharifuddin

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram