Cara Hasilkan Dekorasi 3 Serangkai Pada Ruang Makan

3,776 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Pada masa kini, sebut sahaja mengenai dekorasi dinding berkonsepkan tiga serangkai sudah pasti orang ramai cukup mengenalinya. Tetapi, ada juga yang tidak tahu dan tertanya-tanya apakah maksud dekorasi 3 serangkai ini?

Dekorasi 3 serangkai adalah singkatan kepada konsep dekorasi yang terdiri daripada wainscoting, accent wall dan juga batten wall. Kombinasi 3 konsep ini menjadi kegilaan pemilik rumah disebabkan ianya mampu menjadikan dinding yang sebelum ini kosong dan suram lebih kelihatan ceria.

Sudah pasti anda ingin mengetahui bagaimana ingin menghasilkan dekorasi 3 serangkai seperti ini bukan? Jadi, untuk penerangan dengan lebih lanjut, boleh ikuti di setiap gambar dibawah ini.

Projek Dekorasi 3 Serangkai pada Ruang Makan

Alhamdulillah,

Haritu selesai hasilkan deco Living Hall. Projek seterusnya pula adalah projek Dining Hall/Ruang Makan.

Walaupun ruang tak besar tapi teruskan sahaja.

Pro Tips

Tips nak beli PVC wainscoting cari dalam bentuk panjang. Elakkan dari beli gulung walaupun PVC. Mudah sebab sudah lurus elok tak perlu diperbetulkan lagi.

Barangan yang digunakan :

  • Gam X Bond Rm 8 x 3 Botol
  • Gap Filler Rm7 x 4 Botol
  • Paip Casing 4cm Rm3.50 x 7
  • Paip Casing 2.5cm Rm2.50 x 21
  • Cat Minyak Hitam utk meja Makan Rm 20
  • Cat Undercoat Putih Rm38
  • Batten Wall 2 Inc - 4 Kaki- Tebal 9mm. Rm2.50 x 33 batang
  • Wainscoting PVC 22mm x 13mm - 8 Kaki. Rm14.50 x 15 Batang
  • Wainscoting PVC 60mm x 13 mm - 8 Kaki (Skirting bawah). Rm23 x 5 batang
  • Cat Jotun Majestic True Beauty Matt - Washen Linen - 5Liter. Rm122.80
  • Cat Jotun Majestic Egg White Sheen - Rm170
  • Metal Khat Allah & Muhammad. Rm45 x 2

Ini adalah antara barang-barang yang digunakan. Paling berguna gergaji itu. Potong paip PVC paling mudah.

Dekorasi 3 Serangkai

Dinding ini sebelum diubahsuai hanya menjadi tempat nukilan hasil kreatif anak daranya sahaja.

Dekorasi 3 Serangkai

Langkah 1 : Pasang Skirting

Mula-mula letak skirting dahulu sebab ruang makan dan bilik tak ada skirting. Jadi, apabila mop memang agak mengganggu dinding.

Dekorasi 3 Serangkai

Langkah 2 : Penghasilan Batten Wall.

Kayu MDF 2 inci x 3.5 ketinggian. Beliau tak guna 4 sebab ada skirting dan lapik kayu MDF pada bahagian atas dan bawah lagi. Beza antara MDF yang digunakan adalah sekaki sahaja.

Dekorasi 3 Serangkai

Selesai proses undercoat guna cat putih biasa.

Dekorasi 3 Serangkai

Langkah 3 : Penghasilan Wainscoting Pada Bahagian Atas.

Dekorasi 3 Serangkai

Apabila pemasangan telah selesai, beliau terus cat dengan menggunakan Jotun Majestic Washen Linen Matt.

Dekorasi 3 Serangkai

Keadaan dinding selepas diubahsuai. Konsep yang digunakan adalah kombinasi diantara wainscoting dan juga dinding batten.

Dekorasi 3 Serangkai

Batten wall di cat dengan menggunakan Jotun Majestic Egg White Sheen.

Dekorasi 3 Serangkai

Langkah 4 : Pemasangan Accent Wall.

Disebabkan pvc accent wall ini dapat di dalam keadaan bergulung, ia memerlukan 3 hari untuk betulkan accent wall guna paip PVC

Saiz :

Bingkai : 4CM
Dalam : 2.5CM

Dekorasi 3 Serangkai

Untuk proses ini, sebenarnya lukis lain dan hasilnya jadi lain, idea semua dari suami yang paling teliti. Isteri hanya urus cat dan gap filler sahaja.

Dekorasi 3 Serangkai

Akhirnya berjaya dihasilkan mengikut corak yang diinginkan.

Dekorasi 3 Serangkai

Ruang makan sebelum diubahsuai. Ketika ini baru masuk rumah 2017 memang cukup meminati dengan warna merah sampai partition pun merah.

Dekorasi 3 Serangkai

Sebelum ubahsuai, meja makan pun sudah berusia 19 tahun. Ia merupakan hadiah dari emaknya semasa pindah rumah.

Dekorasi 3 Serangkai
Dekorasi 3 Serangkai

Ketika ini adalah penghasilan wainscoting diatas batten wall pula.

Dekorasi 3 Serangkai
Dekorasi 3 Serangkai

Pada bahagian berwarna merah itu, terus sapu cat Jotun Majestic Washen Linen Matt dan tak perlu undercoat.

Dekorasi 3 Serangkai

Selesai proses mengecat. Memang cun putih lawan dengan warna Washen Linen.

Dekorasi 3 Serangkai

Setelah penat pasang, kita baring dulu.

Dekorasi 3 Serangkai

Keadaan selepas diubahsuai. Set meja makan tersebut ditukar dengan cover warna hitam.

Warna cat ruang makan yang dihasilkan :

  • Batten Wall - Jotun Majestic Egg White Sheen
  • Wainscoting dan Accent Wall - Jotun Majestic Washen Linen Matt
Dekorasi 3 Serangkai

Itu sahaja perkongsian mengenai ubahsuai ruang makan pada kali ini. Smeoga bermanfaat untuk semua.

Kredit : Puan Nurul Izzati Rahmat

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Jun 23, 2022
Dikemaskini pada
Jun 28, 2022
Topik

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down