Cantik!! Dekorasi Dapur Bajet Bertemakan Merah Jambu

917 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Antara ruang yang paling penting dalam rumah buat seorang wanita sudah semestinya adalah ruang dapur. Jadi, dekorasi dan susun atur dapur bajet dalam ruangan tersebut perlulah sentiasa kemas dan teratur.

Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang mempunyai bajet besar untuk hias dapur supaya kelihatan ‘grand’. Jadi, ini perkongsian DIY dekorasi dapur bajet rumah bertema warna merah jambu. Cantik!

Dekorasi Dapur Bajet bertemakan Merah Jambu

 

Dekorasi Dapur Bajet

Untuk dekorasi dapur bajet ini , susunatur kabinet di bawahnya terdapat dapur gas untuk memasak. Jadi, wanita ini meletakkan bahan-bahan wajib untuk memasak seperti garam, gula, serbuk kunyit dan sebagainya supaya barang-barang ini mudah untuk dicapai.

Selain barang-barang untuk memasak, korang juga boleh letakkan barang lain seperti serbuk tea, milo, nescafe dan sebagainya. Penyusunan balang adalah mengikut saiz dan bentuk supaya ia kelihatan kemas dan tersusun. Balang yang digunakan untuk menyimpan barang-barang tadi korang boleh dapatkan di kedai Eco, jimat bukan?

Bahagian bawah kabinet, wanita  ini menggunakan mini rak supaya lebih menjimatkan ruang. Jadi bolehlah letakkan barang-barang di bawah dan diatas rak itu. Kalau tak guna mini rak tu, tak muat ruang la jawab nye. hehe

Dekorasi Dapur Bajet

Bahagian laci pula, wanita ini menggunakan organizer supaya barang- barang yang ingin disusun kelihatan lebih teratur. Sudip, garfu dan pisau disusun di bahagian masing-masing supaya mudah di ambil dan agar ia kelihatan kemas. Organizer yang digunakan juga korang boleh dapatkan dengan harga RM2.10.

Dekorasi Dapur Bajet Untuk bahagian pintu kabinet, wanita ini memasang penyangkut. Di sini, korang bolehlah sangkut apa-apa barang contohnya seperti sudip ke atau apa-apa sahaja yang korang nak sangkut.

Bekas  dan botol di simpan di dalam kabinet mengikut saiz. Bekas dan botol  berwarna merah jambu cantik ini anda juga boleh dapatkannya di kedai Eco!

Dekorasi Dapur Bajet

Tak semestinya dapur kena besar dan grand baru boleh susun cantik-cantik kan? Dapur yang biasa-biasa pon kita boleh susun dia jadi cantik tau kalau kena dengan tema dan caranya! Tenang je bila tengok dapur bertema merah jamu ni kan?

Kalau korang tak nak guna merah jampu pon takpe, korang boleh guna warna-warna kegemaran korang tersendiri. Semoga perkongsian ini memberi idea kepada korang untuk menghias dapur.

Selamat Mencuba!

Kredit : Nurrulatika

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down