Dekorasi Hostel Yang Diambil Inspirasi Daripada Luar Negara

19,043 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tidak suka travel kan? Melalui travel, kita akan dapat pendedahan yang sangat banyak dan meluas. Apabila travel juga, kita dapat menerokai pelbagai dekorasi hostel, rumah atau tempat yang sangat cantik dan menarik. Ia boleh dijadikan sebagai ilham atau inspirasi.

Macam yang dilakukan oleh Kenyalang Celup ini, beliau telah travel ke serata dunia dan beliau telah melakukan satu dekorasi rumah yang bertemakan hostel dan travel bersama kakaknya, Liss Oshin. Liss Oshin yang turut membantu beliau juga telah berkongsikan dekorasi tersebut didalam laman Facebook.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua dekorasi-dekorasi rumah yang bertemakan hostel dan travel ini. Jom kita tengok hasil dekorasi rumah tersebut.

Wanita Ini Kongsi Hasil Dekorasi Hostel Rumah Adiknya Yang Bertemakan Hostel & Travel

Hasil deko rumah bujang dengan tema hostel dan travel Rumah saiz kecik jer tapi tak suka tengok rumah kosong, so main letak je la apa-apa item deko asalkan dapat memenuhi ruang. Kebanyakan DIY jer.

INSPIRASI DARI LUAR NEGARA

Liss Oshin berkata hasil ini di inspirasikan daripada hostel luar negara ketika travel. Disebabkan adiknya, Kenyalang Celup suka sangat mengembara ke luar negara. Jadi, beliau telah melihat banyak dekorasi-dekorasi yang unik dan ingin dijadikan sebagai dekorasi untuk rumahnya.

DEKORASI RUMAH BERTEMAKAN HOSTEL & TRAVEL

Segala buah tangan daripada setiap negara yang dikunjunginya, beliau meletakkannya pada satu rak khas.

dekorasi hostel

Bahagian sudut bacaan dan juga gambar-gambar kenangan yang diambil di luar negara. Koleksi mata wang negara juga ada disimpan disini juga.

dekorasi hostel
dekorasi hostel
dekorasi hostel
dekorasi hostel

Macam mana dengan dekorasi ini? Cantikkan? Dihasilkan oleh Kenyalang Celup, memang tidak dinafikan lagi beliau memang pandai dalam dekorasi ini. Kepada anda yang kaki travel, boleh dah ambik inspirasi daripada luar negara dan jadikan dekorasi untuk rumah sendiri.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.

Sumber : Lisa Oshin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down