Dekorasi Kediaman Minimalis Dengan Gaya "Monochrome"

23,050 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang memiliki impian kediaman yang berbeza-beza. Ada yang jenis menerapkan gaya monochrome, retro, gaya bohemian dan ada juga mengimpikan gaya "shabby cottage". Namun semua itu bergantung kepada citarasa, persekitaran rumah dan juga bajet anda.

Setiap orang bebas untuk memilih gaya masing-masing. Namun terdapat satu pasangan ini telah memilih satu gaya yang jarang orang lakukan iaitu gabungan moden, minimalis dan monochrome. Perkongsian tersebut telah di"upload" didalam laman sesawang Instagram yang bernama @ruma.saya.

Seluruh kawasan perumahan dan juga dekorasi rumah tersebut boleh dikatakan hampir-hampir menyerupai dekorasi rumah ala-ala Eropah. Warna tema putih dan hitam menaikkan lagi seri rumah tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada pasangan tersebut.

Dekorasi Kediaman Moden Minimalis Berharga RM60K Dengan Gaya "Monochrome"

PENGGUNAAN GAYA MONOCHROME

Pemilihan gaya monochrome ini membuatkan rumah anda nampak kemas dan juga bersih sahaja. Ia juga menyerlahkan dekorasi rumah tersebut di samping membantu menonjolkan perabot yang lain.

Kelihatan ruang tamu yang sangat minimalis dengan perabot yang praktikal untuk digunakan. Nak menonton tv ramai-ramai pun boleh dekat sini.

Permandangan daripada ruangan makan kami ini.

monochrome
monochrome
monochrome
monochrome
monochrome
monochrome

Nak tidur pun dengan kombinasi warna sebegini sangat selesa. Letak kepala sahaj dah terlelap.

monochrome
monochrome

Bagaiman dengan hasil dekorasi kediaman moden minimalis berharga RM60K dengan gaya "Monochrome" ini. Mesti anda juga menginginkannya juga. Tidak perlu risau, anda juga pasti dapat membuat rumah sebegini jika anda bekerja dengan keras dan menabung duit. Bak kata pepatah melayu " Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit ". InshaAllah akan ada rezeki untuk memiliki rumah sebegini.

Giler Deco berharap anda dapat jadikan artikel ini sebagai inspirasi agar anda juga dapat mencapai membuat gaya, dekorasi dan juga rumah impian yang anda diimpikan. Semoga berjaya semua.

Sumber : @ruma.saya

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down