Dekorasi Rumah Bujang Baru Ala Rumah Mewah

5,302 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Wah! Siapa je tak bersemangat bila dapat rumah baru kan. Lebih-lebih bila rumah tu dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Memang dia punya teruja tu lain macam.

Bagi yang baru mendapatkan rumah baru perlulah melakukan beberapa perkara sebelum berpindah masuk. Antaranya ialah melaungkan azan, membaca surah al-fatihah dan lain-lain.

Selain daripada tu, pemilik rumah perlu memeriksa setiap kecacatan dan kerosakan yang ada pada rumah tersebut seperti dinding retak, tandas tersumbat dan sebagainya.

Lepas dah settle semua tu boleh la start deko rumah mengikut citarasa dan bajet masing-masing. Jom ikuti perkongsian dari Mohamad Ayie Nazri mengenai dekorasi rumah bujang barunya.

Dekorasi Rumah Bujang Baru Yang Simple Tetapi Tetap Nampak Mewah

Keadaan Rumah Sebelum Dekorasi Dilakukan

Ini merupakan ruang tamu. Dah ada idea nak deko macam mana. Stay tune!

rumah bujang baru
rumah bujang baru

Gambaran dari ruang tamu menghadap bahagian dapur. Nanti akan letak langsir atau apa-apa penghadang dekat jalan nak masuk ke bahagian dapur. Tak ada la orang dekat ruang tamu nampak bahagian dapur kan. Nak buat air untuk tetamu pun segan.

Hasil Akhir Selepas Siap Lakukan Dekorasi

Tada! Ni la hasilnya. Cantik tak? Deko simple je. Korang jangan ingat rumah bujang ni biasa-biasa je. Silap hari bulan boleh kalah dekorasi rumah anak dara.

rumah bujang baru

Disebabkan tak nak kacau ruang dapur, kita letak meja makan dekat ruang tamu. Normal je kan? Ramai je buat macam ni. Betul tak?

rumah bujang baru
rumah bujang baru

Sekian sahaja perkongsian Giler Deco mengenai dekorasi rumah bujang baru milik Mohamad Ayie Nazri. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan idea dan inspirasi untuk deko rumah nanti.

Sumber : @ayienazreey (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down