Dekorasi Raya Rumah Memanjang Yang Luas Dan Cantik

14,812 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rekabentuk rumah panjang yang menyambungkan ruang makan dan juga ruang tamu sekali merupakan satu cabaran untuk menghasilkan dekorasi yang sempurna. Ruang seperti ini mestilah dirancang dengan berhati-hati agar tidak tersalah deko.

Untuk melakukan dekorasi raya rumah memanjang ini, terdapat beberapa trik yang berkesan untuk anda cuba. Trik ini dikongsikan oleh Puan Hasfarina Aziz yang berjaya hias dekorasi rumah beliau sehingga nampak luas dan cantik.

Kediaman beliau ini terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor. Ia merupakan rumah teres satu tingkat yang telah diubahsuai berpandukan konsep minimalis dan juga sedikit elemen yang menarik untuk memastikan dekorasi raya rumah memanjang nampak luas dan cantik.

Dekorasi Raya Rumah Memanjang Mampu Buat Anda Terpukau

Atas permintaan kawan2 dan sedara mara serta menarik minat mereka untuk beraya dirumah kami nun ceruk di segamat, terpaksa la upload gambar rumah yang tak seberapa niii...jommm datang beraya yerr

Gambar Sebelum Dekorasi Raya

Masuk jer bahagian ruang tamu ni, Makk aiiii!! Nampak besar dan luas gilerr bahagian ni. Letih nak buat dekorasi ni.

Dekorasi Raya Rumah Memanjang

First, macam biasa kami tampalkan lantai yang viral di Malaysia iaitu lantai vinyl floor untuk permukaan lantai kami. Sangat murah dan senang digunakan.

Bahagian ruang dapur ini saya beli kabinet dapur daripada IKEA.

Dekorasi Raya Rumah Memanjang

Proses mengecat, meletakkan abstract wainscoting dan juga pemasangan lampu pada siling atas telah dilakukan.

Gambar Selepas Dekorasi Raya

Inilah dia hasil akhir dekorasi raya ruang tamu untuk rumah memanjang ini. Sangat cantik dan luas jer tengok. Nak jer min buat satu kat rumah ni.

Dekorasi Raya Rumah Memanjang
Dekorasi Raya Rumah Memanjang

Untuk menampakkan ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv.

Dekorasi Raya Rumah Memanjang
Dekorasi Raya Rumah Memanjang

Bahagian ruang menonton TV. Tempat untuk bersantai-santai dengan family tersayang.

Dekorasi Raya Rumah Memanjang

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi dalam melakukan dekorasi raya kepada rumah anda melalui artikel ini. Semoga bermanfaat semua.

Sumber : Hasfarina Aziz 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down