DIY Accent Wall Yang Sangat Murah, Mudah Dan Simple

17,893 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai accent wall, rata-rata pemilik rumah memang cukup mengenalinya. Mana tidaknya, dengan adanya dekorasi accent pada dinding rumah sudah cukup membuatkan rumah akan kelihatan cantik dan berseri.

Projek dekorasi pada dinding rumah ini dikongsi oleh seorang wanita yang bernama Emelia Md Ali di laman Facebook miliknya. Beliau berkongsi projek DIY accent wall yang dihasilkan olehnya dengan bajet yang sangat murah, mudah dan cukup simple.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

DIY Accent Wall Mudah Dan Simple

Alhamdulilah dapat siapkan accent wall di rumah sendiri.

Sebelum ini cemburu je tengok dekat wall facebook orang punya.

Kos murah sahaja. Kesabaran yang tinggi nilainya. Tak sabar boleh melayang kayu spin dekat Mana-mana.

Bahan-bahan :

  1. Kayu spin.
    Beliau guna saiz lebar 3 inci. Panjang kayu ikut dinding masing-masing.

    Beliau ambil panjang 10 kaki. Cari yang 2 inci habis. Mula-mula ingat tak cantik. Bila sudah jadi cantik pula. Beliau beli 15 batang. Harganya ialah (Rm7.00 x 15 batang).
  2. Sealant Wood.

    Ini untuk lekatkan kayu pada dinding. Beliau beli 2 botol harganya ialah (Rm11.00 x 2 b0t0l).
  3. Silikon sealant.

    Ini untuk tutup rongga-rongga kayu yang tak berapa lekat pada dinding. Fungsi untuk lebih kemas. Warna putih isi dalamnya. Beliau guna 2 botol berharga RM7. 00 x 2 botol.
  4. Kertas pasir.
  5. Tape.

    Untuk mudahkan kerja.
  6. Gergaji.

    Saya guna gran sahaja. Lebih cepat untuk buat kerja.
  7. Cat pula adalah kalau boleh guna jenama nippon satin 2 liter cukup kalau dinding tak besar seperti ini.
  8. Apa yang penting untuk melakukan DIY ini adalah memerlukan sebakul kesabaran.

Design yang ingin dihasilkan boleh mengikut citarasa masing-masing.

Gambar dibawah ini adalah gam sealant wood.

DIY Accent Wall

Hari 1 : buat frame.

DIY Accent Wall

Design ikut kreativiti.

DIY Accent Wall

Proses pemasangan.

DIY Accent Wall

  Siap pasang.

DIY Accent Wall

Kemasan dengan silikon sealant.

deco rumah accent wall

Proses mengecat.

deco rumah accent wall

Siap dan inilah hasilnya.

deco rumah accent wall
deco rumah accent wall
deco rumah accent wall

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea untuk pembaca yang ingin melakukan pemasangan dinding accent secara DIY.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down