DIY Almari Pakaian Tanpa Menggunakan Skru

4,073 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bagi sesiapa yang ada anak-anak di rumah sudah pasti banyak pakaian yang tidak sempat disangkut mahupun dilipat. Hal ini kerana tiada ruang khas serta kos untuk membeli sebuah almari sangat lah mahal dan tidak berpatutan. Selain itu, sekiranya almari dibeli, tiada tempat khas untuk meletakkan almari tersebut. Maka konsep Open Wardrobe ini sangat sesuai untuk digunakan kerana banyak baju yang anda boleh sangkut serta boleh diletak di mana-mana sudut sekalipun. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy almari pakaian tanpa menggunakan skru.

Apa yang paling menarik sekali adalah open wardrobe ini langsung tidak menggunakan skru dan kos modal untuk membuat open wardrobe ini hanyalah dalam sekitar RM 320 sahaja. Wow murah sangat kan nak buat projek ni.Buat makluman anda, idea ini telah dikongsi oleh Puan Saleha Chot Mersin. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Almari Pakaian Tanpa Menggunakan Skru Mudan Dan Simple :

 

Alhamdulillah. Kita buat diy ja. Lebih jimat. Kos around 300+(RM318.00 sahaja to be exact) :
  • Gourd rack 8'11 inci (28.00/pc) x 4
  • Square bar (8.00/pc) x 6
  • Formica board (28.00/pc)x3
  • T-bracket (5.60/pc) x6
  • Left right bracket- tmpt sangkut square bar (3.20/pc)x12
  • Screw+wall plug (2.00/packet)x 1
Design ikut kreativiti masing-masing, better lukis pelan dulu supaya tidak ada pembaziran bahan. Yangg best rak ni kita boleh ubahsuai bila-bila masa sebab boltless. Square bar tu saya potong sendiri ikut jarak antara gourd rack tu.
Kalau yang tinggal di Sabah, boleh cari barang-barang ini di 1Rack Trading Alamesra. Mereka juga membuka cawangan di luyang tu klu tidak silap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat...

Barang-barang yang digunakan :

Barangan peralatan ini boleh dibeli di laman webnya iaitu 1racktrading.com. Sekiranya anda yang berada di Sabah, anda boleh mencarinya di kedai 1Rack Trading Alamesra di Kota Kinabalu.
Formica board (28.00/pc)x3
T-bracket (5.60/pc) x6
Left right bracket- tmpt sangkut square bar (3.20/pc)x12
Screw+wall plug (2.00/packet)x 1
Square bar (8.00/pc) x 6
Gourd rack 8'11 inci (28.00/pc) x 4
Palang hitam yang tinggi itu namanya adalah gourd rack..ada lubang-lubang utk sisip brackets. Saiz palang hitam ini adalah 8 kaki 11 inci panjang
Tada dah siap pasang dan sedia untuk disangkutkan pakaian-pakaian anda dan anak-anak anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down