Cara DIY Bilik Tidur Hanya Guna Wallpaper

6,022 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki rumah kediaman yang kelihatan menarik dan ceria sudah pasti hasil dari air tangan pemilik rumah yang pandai dalam melakukan memilih padanan warna dan perabot rumah. Apabila dua ciri ini dipadankan, ianya akan menimbulkan satu impak yang cukup wow pada sesebuah ruang.

Individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan dekorasi secantik ini adalah pemiliknya sendiri iaitu Intan Fadly. Beliau telah mengubah bilik tidurnya itu dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.

Jom kita lihat proses pemasangan wallpaper yang dilakukan olehnya.

DIY Bilik Tidur Cara Simple Guna Wallpaper

Sedikit perkongsian deko.

Perabot saya pakai yang lama tapi ditukar sarung dan warna. Dunia deko ni sebenarnya tak perlu barang mahal, asal kreatif dan rajin dah cukup dan minimalist adalah yang terbaik dan pemilihan warna juga penting supaya ruang nampak luas.

Keadaan sebelum ruang bilik ini diubahsuai.

Cara DIY Bilik Tidur

Ini adalah wallpaper yang digunakan.

Dekorasi bilik tidur

Proses mengukur dan menampal wallpaper pada dinding dilakukan.

Dekorasi bilik tidur

Wainscoting juga digunakan sebagai partition supaya kelihatan lebih menarik.

Dekorasi bilik tidur

Keadaan bilik selepas wallpaper siap dipasang.

Cara DIY Bilik Tidur
Cara DIY Bilik Tidur

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap projek DIY simple yang dilakukan ini dapat membantu para pembaca yang mahu hasilkan dekorasi dengan cara bejet. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down