DIY Cermin Dinding Rumah Bercorakkan "Glitter Gold"

1,016 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Alangkah indahnya jika di setiap rumah mempunyai sebuah ruang cermin khas untuk anda berdandan sebelum keluar pergi kerja atau sebaliknya. Jadi, tiba masanya untuk anda melakukan sebuah diy cermin dinding dirumah anda macam yang dikongsikan dan dilakukan oleh Amirul Haniff ini.

Beliau telah menyenaraikan baha-bahan yang diperlukan untuk melakukan diy cermin dinding ini. Jadi, anda hanya perlu cari sahaja baha-bahan tersebut. Langkah-langkah juga turut dikongsikan oleh beliau. Jom kita melihat perkongsian bagaimana Amirul Haniff ini melakukan diy cermin dinding corak warna "gold glitter" dirumahnya.

Lelaki Kongsikan Cara DIY Cermin Dinding Di Rumah Yang Bercorakkan "Glitter Gold"

D.I.Y cermin dinding

Harini Pak Nep nak kongsikan projek buat cermin di dinding pulak ye.

Modal tak sampai empat angka. Jimat dan puas hati. Semoga memberi inspirasi kepada semua.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Cermin Dinding Ini

Cara Untuk Melakukan DIY Cermin Dinding Corak Emas

1. Memula buat lakaran design yang dikehendaki.

DIY Cermin Dinding

2. Potong panel wainscoting dan buat frame. Untuk cermin pula saya bawa frame ke kedai cermin dan tempah cermin tersebut mengiikut ukuran saiz frame.

3. Inilah dia contoh hasil tempahan saiz cermin yang telah dimuatkan mengikut saiz frame tersebut. Kalau nak buat sendiri takut cermina pecah atau apa.

DIY Cermin Dinding

4. Letakkan dahulu susunan cermin dikehendaki dilantai. Apabila dah puas hati boleh lah letakkan gam x-bond untuk proses lekatkan cermin tersebut pada dinding.

5. Proses memasang cermin pada dinding rumah ini sedang dijalankan.

Hasil Akhir DIY Cermin Dinding Yang Dilakukan

Inilah dia corak ataupun warna "glitter gold" pada frame cermin tersebut. Guna warna ini akan menaikkan lagi suasana ruang bahagian cermin tersebut.

DIY Cermin Dinding

Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir bahagian cermin dinding yang dilakukan oleh Amirul Haniff ini. Nampak kemas dan elegan pula pada bahagian ruang tersebut. Boleh kalau nak cuba lakukan dirumah.

DIY Cermin Dinding

Kredit : Amirul Haniff

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down