DIY Divider Bajet Daripada Paip Untuk Menutup Dapur Anda

21,982 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kebanyakkan zaman sekarang banyak rumah telah pun mempunyai pandangan dapur dari ruang tamu lagi. Sesetengah daripada kita ini ada yang tidak selesa dengan design sebegini. Jadi, sebab itu ramai cenderung membuat diy divider bajet yang murah.

Untuk melakukan divider ini lebih baik DIY sahaja daripada upah seseorang dengan bayaran yang mahal. Safuan Zulkifli telah berkongsikan cara untuk DIY divider dengan harga yang sangat bajet. Bahan juga diperbuat daripada paip sahaja.

Beliau melakukan divider hanya dari paip sahaja. Untuk mencantikkan lagi paip tersebut, hanya perlu letakkan sahaja stiker wallpaper. Jadi untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut cara untuk melakukan, jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

DIY Divider Bajet Daripada Paip Yang Mampu Dilakukan Semua Orang

Column divider untuk golongan marhaen macam saya.

Kos & Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Guna 2x4 UPVC paip. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ini, kita wrap dengan wall sticker. Kos barang untuk siapkan 20 batang column divider ni dalam RM966.

DIY Divider Bajet

RM640

- 60 meter UPVC Pipe, jointer dan end cap (saya beli cash n carry dari MYC Hydroponic Farm di Bandar Rimbayu. Dalam shopee ada juga dijual. Search ‘hydroponic tube’ dan beli tube yang belum dilubangkan).

Ini adalah jointer extention/socket

DIY Divider Bajet

RM 208
– 30 meter wallpaper/wall sticker (saya beli dari shopee). Wall sticker ada lebih dalam 10 meter lagi sebab plan asal nak wrap column end to end. Tapi cantik pulak bila atas warna lain dan bawah warna lain.

Cara Untuk Membuat DIY divider ini :-

1. 1/3 end cap tu perlu dipotong.

DIY Divider Bajet

2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.

3. Masukkan wallplug.

4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtraseal xbond.

5. Skrukan end cap tersebut.

6. Letak pvc glue pada both end cap.

7. Then slot in column divider tu dalam end cap.

DIY Divider Bajet

8. Pasangkan semula 1/3 endcap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan pvc glue.

9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.

10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.

Hasil Akhir

Jadilah dapat siapkan column divider macam ni daripada tukang amatur yang tak bertauliah.

DIY Divider Bajet
DIY Divider Bajet
DIY Divider Bajet

Sila ambil maklum bahawa material jenis ini tidaklah sekukuh solid wood tapi ianya tetap serve its purpose as space divider. Berpada dengan kos barang dan statusnya sebagai 'divider bajet'.

Sumber : Safuan Zulkfli

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down