DIY Faux Fireplace Dari Kayu Yang Simple

681 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kadang-kadang tidak salahkan untuk kita menerapkan sedikit dekorasi rumah kita dengan memasuki beberapa idea daripada rumah orang putih ni. Macam yang dilakukan pemuda ini dengan melakukan diy faux fireplace daripada kayu ini.

Dengan membuat diy faux fireplace ini, ia akan membuatkan rumah anda seolah-olah mempunyai tempat api seperti di rumah orang putih. Pemuda yang bernama Mael Gambong ini telah berkongsikan dengan kita semua bagaimana untuk membuat diy yang simple ini.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam laman media Facebook didalam grup Kelab DIY Shiplap Wall & Wainscoting. Menurut daripada beliau, bajet juga sangat murah namun ia kelihatan sangat premium. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

DIY Faux Fireplace. Tempat Api Macam Di Rumah Orang Putih

Projek santai-santai di hujung minggu :-
DIY Faux Fireplace
Menggunakan kayu-kayu kutip kat belakang rumah, maka terhasillah fireplace tiruan ala2 rumah org putih walaupun hakikatnya rumah kuarters kerajaan saja
Corak shiplap kat dinding pun lukis pakai permanent marker.. Ini baru betul2 low budget

Cara Untuk Membuat Faux Fireplace

1. Cat kan terlebih dahulu tempat yang bakal untuk membuat faux fireplace ini dengan warna putih.

2. Untuk menampak seolah-olah ia merupakan shiplap wall, saya hanya membuat beberapa garisan dengan menggunakan pen marker sahaja.

3. Ia akan kelihatan sebegini. Ini bukan shiplap wall daripada kayu namun daripada pen marker.

4. Seterusnya, kita beralih kepada fireplace ini. Saya membeli kayu di shopee dan membuatnya rupa sebegini.

DIY Faux Fireplace

5. Bentuknya akan sebegini rupa.

DIY Faux Fireplace

6. Letakkan pada tempat dinding shiplap tadi.

7. Inilah dia hasil akhir diy fireplace yang dilakukan ini. Kalau nak nampak real boleh letakkan beberapa mini log yang boleh dibeli di shopee.

DIY Faux Fireplace

Sebelum & Selepas DIY Dilakukan

DIY Faux Fireplace

Sumber : Mael Gambong

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down