DIY Feature Wall Bahagian Dapur Bajet Bawah RM100

17,354 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Feature wall merupakan salah satu dekorasi dinding yang banyak dilakukan oleh rakyat Malaysia. Ia kerana untuk membuat DIY feature wall ini tidaklah susah dan sangat senang untuk dilakukan.

Macam yang dilakukan oleh Fahmi Fahrruzi ini. Beliau melakukan dekorasi dinding feature wall yang sangat mudah dan senang. Yang paling mengejutkan ialah kesemua DIY untuk membuat feature wall tersebut hanyalah dibawah RM100.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua bahan yang diperlukan dan cara untuk melakukan DIY feature wall ini yang dikongsikan oleh Fahmi Fahrruzi. Jom kita tengok hasil perkongsian daripada beliau.

DIY Feature Wall Yang Simple Bajet Dibawah RM100

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Salam PKP duduk rumah semua. Di sini saya nak share DIY buat feature wall bajet bawah RM100. Saya letak feature wall ni kat area meja makan. Boleh refer gambar2 dan caption yang saya letak.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Yang kuning tu gap filler dan yang orange tu adalah gam X Bond. Warna oren tu pistol untuk pakai kat gam dan gap filler.

Cara Untuk Melakukan Feature Wall 

1. Ini kayu spin. Beli kat kedai papan je. Tak mahal pun. Saya beli yang size 8 kaki sbb senang nak bawak masuk kete.

DIY Feature Wall

2. Ini baru permulaan. Saya buat frame dulu awal2 sebab nak mudahkan proses mengecat. Kalau perasan frame tu saya dah cat warna hijau siap2 yang putih2 tu saya letak gap filler.

DIY Feature Wall

3. Dah siap cantum semuanye. Sambungan2 kayu tu saya letak gap filler untuk penuhkan ruang dan atas paku pun letak gap filler untuk nampak halus.

DIY Feature Wall

4. Baru cat sedikit. Saya silap sebab tak buat undercoat. Untuk hasil yang lebih cantik kena undercoat dulu then baru cat. Hasilnya pasti lagi cantik.

DIY Feature Wall

5. Dah siap sepenuhnya. Buat dalam 3-4 hari jugak sebab buat sikit2. Buat lepas waktu kerja. Good luck utk sesiapa yang nak mencuba buat!

DIY Feature Wall

Feature wall yang saya lakukan itu saya ambil inspirasi dari sini.

Sumber : Fahmi Fahrruzi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down