DIY Gazebo Kayu Yang Cantik Untuk Halaman Rumah

1,532 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semua antara kita semua ini sudah semestinya tahu apa itu gazebo. Gazebo merupakan sebuah pondok kecil tanpa dinding yang selalunya ada ditaman permainan atau juga halaman rumah. Namun, untuk melakukan DIY gazebo bukannya senang tambah lagi jika gazebo tersebut diperbuat daripada kayu.

Untuk melakukan DIY gazebo ini, anda semua boleh ikuti cara yang dilakukan oleh Awie Omar ini. Beliau melakukan DIY gazebo untuk diletakkan di halaman rumahnya. Hasil perkongsian diy tersebut telah dikongsikan didalam grup Facebook bernama "Tukang Apa Hari Ini"

Kepada sesiapa yang ingin melihat bagaimana DIY gazebo ini dilakukan. Jom kita tengok perkongsian daripada Awie Omar ini.

Lelaki Ini Kongsikan Hasil DIY Gazebo Kayu Yang Dilakukan Untuk Halaman Rumah Beliau

Saya bukan tukang tapi disebab boring dengan pkp saya cuba2 buat gazebo 100% usaha sendiri tanpa pembantu harap2 dapat siap sepenuhnya minggu depan.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • 5x5 Kayu Chengal
  • DIY Kotak Wayar Bumi

Proses Melakukan DIY Gazebo Daripada Kayu Chengal

Proses DIY gazebo ini dilakukan dengan meletakkan tapak diluar halaman rumah yang luas ini. Tapak ini dilakukan daripada diy kotak untuk wayar bumi ataupun dipanggil earth chamber konkrit. Tapak tersebut diletakkan sedikit simen dan besi panjang sepanjang 4 inci.

DIY Gazebo Kayu

Selepas tapak diletakkan, masa untuk meletakkan rangka yang terdiri daripada kayu chengal bersaiz 5x5 ini.

Seterusnya, proses untuk melakukan bumbung untuk gazebo ini.

DIY Gazebo Kayu

Selepas melakukan bumbung untuk gazebo ini, letakkan bumbung konkrit untuk mencantikkan lagi rupa gazebo tersebut.

DIY Gazebo Kayu

Hasil Akhir Rupa DIY Gazebo Yang Dilakukan

Tadaaaaa!! Ini lah dia hasil gazebo DIY daripada kayu chengal yang dilakukan. Banyak lagi yang perlu dilakukan namun ini pun dah nampak rupa bentuk gazebo yang cantik.

DIY Gazebo Kayu

Sumber : Awie Omar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down