DIY Tempat Hanger Hanya Menggunakan Paip PVC

14,104 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dahulu kala penyakut baju yang diperbuat dari kayu. Ia dicipta oleh Thomas Jeffersen. Namun begitu, disebabkan peredaran zaman, sekarang ni pelbagai jenis penyakut baju boleh kita dapatkan dengan mudah.

Dari harga RM2.40 sampai harga yang paling mahal sekali pun ada. Tak kira mahal atau murah fungsinya tetap sama. Yang berbeza hanyalah kualiti barang tersebut. Oleh itu, kita perlu jadi pengguna yang bijak.

Disebabkan ianya mudah untuk didapati, majority suri rumah mempunyai masalah yang sama iaitu hanger berteraburan di lantai. Untuk menjimatkan ruang, korang boleh follow cara bro ni DIY tempat letak penyakut baju dengan menggunakan paip PVC.

DIY Tempat Letak Hanger Semudah ABC Dengan Menggunakan Paip PVC

Korang boleh dapatkan paip PVC di kedai hardware yang berdekatan.

Lepas dah siap cantum jadilah macam ni. Satu tak cukup, jadi decide nak buat satu barang tapi dua tempat simpan hanger.

hanger

Spray PVC dengan warna yang korang nak. Tak nak spray pun tak apa. Tapi nanti tak cantik sebab sekali tengok dah tau ni batang paip PVC.

Tada! Dah siap tempat penyakut baju. Buat dua batang supaya lebih banyak hanger boleh disimpan.

Kemas je bila ada tempat khas untuk susun penyakut baju. Nak ambil pun mudah.

Sekian sahaja perkongsian Giler Deco mengenai projek DIY kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua untuk menjadikan rumah lebih kemas.

Kredit: @ketotstore (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down