DIY Hasil Feature Wall "Gold Black" Kelihatan Premium

1,705 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Feature Wall merupakan salah satu bahagian yang penting dalam melakukan sesuatu dekorasi rumah. Ia selalunya digunakan didalam apa jua ruang dan memastikan sesuatu dekorasi rumah anda tersebut nampak cantik dan elegan. Itu lah kelebihan feature wall lebih-lebih lagi kalau dilakukan secara hasil DIY.

Wanita yang dikenali sebagai Izzati Filzah ini telah melakukan satu dekorasi feature wall secara DIY yang sangat cantik dan nampak elegan. Ia bertemakan "Black Gold" dan sangat sesuai dilakukan pada ruangan ruang tamu dirumah. DIY itu juga dilakukan sendiri oleh beliau dengan suami tercinta.

Jika anda semua ingin melihat hasil DIY feature wall "Black Deco" yang dilakukan oleh Izzati Filzah ini. nda semua boleh melihat perkongsian beliau yang telah dikongsikan didalam grup Facebook Kelab Dekorasi IKEA Malaysia.

Wanita Kongsikan DIY Hasil Feature Wall "Black Gold" Yang Dilakukan Oleh Suami Tercinta

Assalammualaikum...Alhamdulilllah Hasil tgn husband & Kembar dier

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Cara-Cara Melakukan Hasil DIY Feature Wall

1. Buatkan dahulu satu pattern mengikut kegemaran anda menggunakan selotape kertas pada dinding.

DIY Hasil Feature Wall

2. Selepas selesai sahaja buat pattern, beralih pula kepada proses mengecat. Cat kan warna hitam terlebih dahulu macam gambar dibawah.

3. Tunggukan cat hitam itu kering dan barulah beralih kepada cat warna emas. Tanggalkan selotape sebelum proses mengecat diteruskan.

Untuk mengecat warna emas ini, guna selotape baru dan tampal kan pada bahagian luar yang hendak dicatkan atas cat warna hitam agar selari dengan garisan tersebut.

DIY Hasil Feature Wall

Hasil Akhir DIY Yang Dilakukan

Tadaaaaa! Inilah dia hasil akhir DIY yang kami lakukan untuk ruangan tamu kami ini. Selain buat yang kecil ini, kami juga ada lakukan pada feature wall yang lebih besar dengan proses yang sama.

DIY Hasil Feature Wall

Inilah bahagian ruang tamu saya yang dihiasi dengan feature wall "black gold" ini. Semoga ini dapat dijadikan inspirasi buat anda semua.

DIY Hasil Feature Wall
DIY Hasil Feature Wall

Sumber : Izzati Filzah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down