DIY Kabinet Khas Tempat Gantung Kuali Dan Periuk

2,632 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tak anda sedang mengemas dapur dirumah anda ini dan tiada tempat khas untuk meletakkan apa jua kuali atau periuk? Kalau letak ditempat yang 'open' nanti tak sedap dipandang pula apabila dibiarkan terdedah begitu jer.

Jangan risau kerana anda boleh sahaja membuat diy kabinet khas untuk gantung kuali dan periuk jika dia tiada tempat. DIY ini dilakukan oleh Nasrul Nizam kerana ia mampu mejimatkan ruang untuk meletakkan seberapa banyak kuali dan periuk pada tempat tersebut.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana DIY ini dilakukan. Apa barang yang diperlukan dan juga step by step untuk melakukan diy kabinet kuali ini. Jom kita tengok perkongsian beliau ini.

DIY Kabinet Khas Untuk Gantung Kuali & Periuk Yang Mudah

Ok, Harini cik nas habiskan masa lagi DIY membuat kabinet kuali dan periuk ini. Nak pergi kerja masih tak boleh. Apa la nasib. Nak berpeluh, jom buat ni pulak. Penjelasan pada gambar.

Barang Yang Diperlukan :-

Cara Melakukan Kabinet Khas Kuali

1. First step dapatkan 2 batang kayu, cari yang tebal sikit supaya lebih kukuh dan tahan. Then dapatkan juga slider drawer beli je kat shopee. Then skru slider ke satu kayu macam ni.

Diy Kabinet Kuali

2. Nampak butang hitam tu. Tolak ke sisi untuk asingkan slider ni.

3. Dah asing, skru satu lagi slider pada satu lagi kayu macam dalam gambar tu.

Diy Kabinet Kuali

4. Lepas tu pasang besi telinga tu untuk gantung kuali nnti. So rupanya akan jadi mcm ni la bila dh pasang balik slider tu. Hujung tu cik nas tambah sebagai pemegang untuk tarik nanti.

Diy Kabinet Kuali

5. Ok, next kita pasang bahagian dalam kabinet bawah. Pasang dulu satu kayu dengan guna nylon rawplug 8mm*3inch supaya lebih kukuh. Dah pasang satu kayu baru slot slider tu.

6. Ok dah siap bleh gantung kuali. Ni gambar bila slider ditarik keluar. test dulu masuk keluar kalau tahan ok la.

Diy Kabinet Kuali

7. Ni gambar bila kuali tersimpan kat dalam.

Diy Kabinet Kuali

Sumber : Nasrul Nizam

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down