DIY Kabinet Pintu Bertemakan "Rustic Minimalist"

397 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Kabinet pintu merupakan satu aksesori yang paling penting didalam apa jua dekorasi untuk rumah kita. Kabinet pintu ini boleh di DIY dan digunakan diseluruh rumah namun banyak dipakai pada bahagian ruangan dapur.

Kekemasan dan juga kecantikkan kabinet pintu ini amat penting didalam dekorasi rumah apatah lagi jika kabinet pintu tersebut bertemakan ala-ala klasik.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua cara untuk DIY kabinet pintu bertemakan "rustic minimalist" untuk diletakkan didapur atau dimana sahaja. DIY ini dihasilkan oleh Fuad R Be. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

 

Lelaki DIY Kabinet Pintu Lama Kepada Baru Bertemakan "Rustic Minimalist"

"Rustic Minimalist Cabinet Door"
Akhirnya siap jugak pintu kabinet ni lepas hampir 3 tahun buat table top
Aku memang banyak ber-diy dan bertukang sendiri, tapi kerja2 kayu ni aku kurang buat, jadi mungkin banyak kekurangannya. Tapi apa2 pun puas hati la dengan usaha sendiri. Buat design ala2 barn door. Sendiri design, sendiri buat.
DIY Kabinet Pintu

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Polyurathane spray
  • Redwood Timber Stain KCC
  • Osb Board
  • Gam Kuat
  • Gergaji

DIY Kabinet Pintu DIY Kabinet Pintu DIY Kabinet Pintu

Proses DIY Kabinet Pintu "Rustic Minimalist"

 

Aku pakai kayu 2" x 1/2" untuk buat tetulang pintu tu.

Ni workbench serbaguna aku. Bench tu la tempat potong, bench tu jugak aku guna untuk kerja mengecat.

Potong lebihan kayu pakai handsaw.

Kayu tetulang tu bukan structure, tapi lebih kepada design, so aku gam je kat osb board

Clamp kasi lekat.

Dah lekat elok tulang tu, aku gosok lebih kurang pakai kertas pasir, & buat curve kat edge luar kayu, untuk bagi effect macam kayu lama

Proses stain pintu. Masa ni pun aku sapu lebih kurang je dulu. Untuk detailing aku akan buat kemudian. Lepastu, keringkan dan jemur semalaman.

DIY Kabinet Pintu

Ni inner frame utk table top.

Lepas ukur bebetul inner frame tu, bukak balik untuk treatment. Pakai spray hitam yang memang ada lebih2 kerja lain. Tapi lepas kering aku spray pulak dengan polyurathane, untuk extra protection daripada serangan anai2.

Proses pasang inner frame. Agak penting utk frame tu betul2 level, supaya senang nak pasang pintu.

Kasi silicone hitam utk tutup gap antara kayu & brick tu. Gap yang besar tadi tu lapik dulu dengan kayu lain.

Untuk elakkan kesilapan, aku buat lagi satu mockup pintu

Guna jig 35mm untuk buat lubang untuk conceal hinge. Beli jig ni kat shopee, datang sekali dengan guide.

Conceal /european style hinge, beli kat team star rm1.90 je

DIY Kabinet Pintu

Aku gosok semula pakai kertas pasir 70 grit & 400 grit. Masa gosok ni memang betul2 rasa nak beli sender

Lepas dah halus mulus kayu tu, baru aku sapu final coat. Penting untuk berus end-to-end long stroke untuk elak stain tu nampak bertakuk2

DIY Kabinet Pintu

Handle aku beli kat ikea sebab kebetulan ada pergi baru2 ni. RM42.90 utk 2 pcs

Stain yang dah kering lepas semalaman. Suka aku dgn tekstur yg terhasil.

Ni guide untuk aku pasang door handle, supaya tak senget.

DIY Kabinet Pintu

Hasil Akhir DIY Kabinet Pintu Rustic Minimalist

DIY Kabinet Pintu

DIY Kabinet Pintu

Sumber : Fuad R Be

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down