DIY Kabinet Sinki Daripada Besi Yang Di Welding

46,170 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kabinet sinki adalah tempat untuk kita membasuh sesuatu pinggan. Namun, jika kabinet sinki tersebut seakan-akan tidak terurus dan keadaan tidak kukuh pastinya tidak selesa dan bahaya. Seorang lelaki bernama Muhamad Amin Al-Rashid melakukan satu diy kabinet sinki dirumah beliau yang hampir roboh.

Beliau berfikirkan ingin melakukan sebuah table top namun hanya tinggal dirumah sewa, lebih baik buat kabinet sebegini secara diy. Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana dan bahan apa yang diperlukan untuk Muhamad Amin ini melakukan diy kabinet sinki ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Lelaki Lakukan DIY Kabinet Sinki Dengan Besi Welding

Setelah mendapat idea dari group ni, maka tercetus lah projek pkp nie yang asal nye singki dah pun melengkung. Situasi tinggal di rumah sewa agak rugi nak buat table top.

Jadi dapat idea buat temporary begini. Puashati sebab sendiri yang buat dan juga sendiri yang pakai.

Keadaan Sinki Yang Asal

Inilah dia rupa sinki yang asal. Dah macam apa dah belok dan lendut macam tu. Tinggal masa sahaja tunggu nak roboh. Hahahaha. Kat bawah pun tiada kaki untuk menampung sinki tersebut.

DIY Kabinet Sinki

Proses DIY Kabinet Sinki

Proses melakukan kabinet sinki ini sedang dilakukan oleh pakar welding. Siap pakai sut penuh welding lagi. Untuk melakukan ini, saya hanya ambilkan sahaja beberapa besi dan weldingkan menjadi kabinet.

Ini adalah besi material bernama mild steel.

DIY Kabinet Sinki

Dah nampak rupa sinki dah tu.

Nak nampak garang dan cun, spray kan warna hitam. Kepada yang bertanya tak berkarat ker, saya dah sembutkan coating terlebih dahulu sebelum spraykan warna hitam. InsyaAllah tahan karat.

Dapur tepi kena alih dah nak memasak tempat tu dah sempit.

DIY Kabinet Sinki

Tadaaaa! Hasil akhir kabinet sinki ini yang dilakukan sendiri oleh saya.

DIY Kabinet Sinki

Sumber : Muhamad Amin Al-Rashid

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down