DIY Kotak Roti Hanya Gunakan Papan Pallet Dan Plywood

909 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Norpadilah Binti Afandi kembali lagi dengan satu projek DIY beliau yang terbaharu. Jika sebelum ini, kita mengetahui bahawa beliau melakukan projek diy yang bernas antaranya ialah diy gubahan bunga, diy vanity storage dan juga diy globe terpakai.

Kali ini, projek diy beliau yang baharu dipanggil DIY kotak roti yang bertemakan ala-ala farmhouse. Menurut beliau, kotak roti ni senang sahaja untuk dilakukan kerana perlukan 2 bahan utama iaitu papan pallet dan plywood.

Jadi, kepada anda yang ingin mengetahu bagaimana untuk melakukan diy kotak roti ini. Jom kita tengok perkongsian daripada Norpadilah Binti Afandi ini. perkongsian tersebut juga beliau ada kongsikan di laman media sosial Facebook.

DIY kotak Roti Yang Mudah. Bahan Daripada Papan Pallet Dan Plywood Sahaja

Sepintas lalu diy BreadBox untuk buat penggemar Farmhouse decor.

Ramai yang bagi soalan "sis simpan roti kat rumah di mana ye?" Aduh, nak bagi jawapan kita simpan terus dalam perut macam suci sangat pula nampaknya.

Tapi bila masuk musim tengkujuh macam ni, bagus jugak kan kalau ada stok roti ni buat alas2 perut

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

  • Papan Pallet
  • Plywood
  • Gam Kayu
  • Tombol Kecil
  • Engsel

Cara-Untuk Membuat DIY Kotak Roti Simple

1. Potongkan beberapa papan pallet sehingga jadi macam ni. Potong dengan hati-hati ya.

DIY Kotak Roti

2. Ambil dan gunakan gam kayu tersebut. Calitkan disetiap sisi potongan pallet untuk kita cantumkan.

DIY Kotak Roti

3. Cantumkan kesemua papan tersebut sehingga terjadinya rangka untuk kotak roti macam didalam gambar.

4. Selepas itu, letakkan plywood dan gamkan pada bahagian belakang kotak tersebut.

DIY Kotak Roti

5. Gunakan tombol kabinet dan engsel yang lama untuk melakukan bahagian pintu.

6. Rupa selepas letakkan engsel dan tombol tersebut.

DIY Kotak Roti

Hasil Akhir Proses DIY ini

Inilah dia hasil akhir DIY kotak roti hasil daripada saya ini. Untuk mencantikkan lagi kotak roti tersebut, saya melakukan tulisan dan menambahkan sedikit hiasan agar nampak menarik. Baru nampak macam kotak roti yang betul-betul klasik dan elegan.

DIY Kotak Roti
DIY Kotak Roti

Sumber : Norpadilah Binti Afandi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down