DIY Laundry Dispenser Viral Dengan Bahan Harga Bajet

14,559 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semenjak akhir-akhir ni, satu Malaysia sekarang sedang dilanda viral mengenai satu produk yang mampu menyimpan dan mengeluarkan sabun pencuci baju. Ianya dilengkapi dengan paip untuk memudahkan proses keluarkan sabun. Ianya dipanggil sebagai laundry dispenser dan yang menariknya ianya boleh dilakukan secara diy sahaja.

Laundry dispenser ini diviralkan melalui aplikasi tiktok dan ramai ingin membelinya di online. Namun, di dalam online harganya sangat mahal. Jadi, seorang wanita bernama Nadzirah Azlan berkongsikan cara-cara untuk lakukan diy laundry dispenser ini secara mudah dengan harga bajet.

Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Wanita Kongsikan Cara Untuk DIY Laundry Dispenser Yang Viral Di Tiktok

Inginkan laundry dispenser yang cantik macam dalam tiktok yang viral tu?? Nak beli kat shopee namun bajet jangan cakap la menangiss berhingus gaissss. Jom kita DIY sahaja. Senang dan mudah sahaja.Boleh refer setiap gambar untuk cara2 DIY. Semoga bermanfaat untuk semua.

Bahan - Bahan Yang Diperlukan

Cara Untuk Melakukan Laundry Dispenser Secara DIY

1. Lukis dulu kat mana anda ingin meletakkan kepala paip tu

DIY Laundry Dispenser

2. Lepas tu tebukkan lubang tersebut. Saya bakar besi chopstick terlebih dahulu untuk tebuk lubang tu. Lepas tu, baru guna pisau. Hati-hati tau guna pisau tu.

3. Ni dah siap dah lubang. Kena hati-hati sebab risau kalau terlebih tebuk nanti akan bocor. Dah siap tebuk boleh pasang kepala paip dah

4. Hydrotest dahulu ya semua untuk memastikan tiada air yang akan keluar daripada balang tersebut.

DIY Laundry Dispenser

5. Kalau tiada bocor, boleh teruskan buat yang satu lagi.

Siap!!!! Barulah nampak cantik gitu. Jimat duit daripada membeli yang mahal-mahal dalam online tu. Selamat mencuba semua.

DIY Laundry Dispenser

Dispenser Online

Kepada anda yang tidak mahu lakukan diy namun ingin membeli terus didalam shopee dan lazada boleh klik link dibawah ini.

Sumber : Nadzirah Azlan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down